BN : 6698 (69.1%)
PAS : 2963 (30.6%)
Majoriti : 3735
Rosak : 35
Turn out : 71%
i) PETI UNDI YANG DIMENANGI OLEH PAS (1)
1. PETI UNDI Bandar Labis Tengah
BN : 365
PAS : 801
ii) PETI UNDI YANG DIMENANGI OLEH BN ( 11 TERMASUK PETI UNDI POS)
1. PETI UNDI Labis
BN: 400
PAS : 306
2.PETI UNDI Bandar Labis Timur
BN: 671
PAS: 144
3. PETI UNDI Sawah Baru
BN: 212
PAS: 55
4. PETI UNDI Cemplak
BN : 985
PAS: 135
5. PETI UNDI Cemplak Barat
BN : 838
PAS: 142
6. PETI UNDI Kampung Redong
BN: 462
PAS: 105
7. PETI UNDI Tenang Station
BN: 746
PAS: 352
8. PETI UNDI Pekan Air Panas
BN: 220
PAS: 48
9. PETI UNDI Ladang Labis Utara
BN : 152
PAS: 40
10. PETI UNDI Felda Tenang
BN: 950
PAS: 160
11. PETI UNDI Ladang Bukit Dato.
BN : 352
PAS : 99
12. Undi Pos :
BN : 115
PAS : 3
Polis tembak penunjuk perasaan desak Mubarak berundur
KAHERAH: Polis rusuhan Mesir menembak peluru getah ke arah penunjuk perasaan yang menjanjikan ‘yawmul ghadab’ atau hari kemarahan di seluruh negara itu semalam bagi menuntut presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas 30 tahun memerintah.
Ada laporan menyatakan penunjuk perasaan sudah sampai dekat Istana Presiden.Penunjuk perasaan berhimpun di beberapa kawasan di seluruh negara termasuk di sebuah kejiranan berhampiran istana presiden di Kaherah, memaksa polis menembak gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan mereka.
Puluhan ribu tunjuk perasaan yang mula berhimpun dan berarak selepas solat Jumaat membawa poster anti Mubarak sambil melaung ‘Undur, undur Hosni Mubarak.’
Kumpulan Vodafone berkata semua pengendali telefon selular di Mesir diarah menggantung perkhidmatan masing-masing di kawasan tertentu, bertujuan membendung penganjur bantahan daripada menghimpunkan penunjuk perasaan.
Bekas ketua agensi tenaga atom Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Mohamed ElBaradei, yang juga penerima anugerah keamanan Nobel yang turut menuntut Mubarak meletak jawatan, dihalang keluar dari sebuah masjid di kawasan Giza di Kaherah bagi memimpin kira-kira 2,000 jemaah untuk mengadakan tunjuk perasaan.
Jemaah itu dikepung polis ketika mengadakan solat Jumaat di sebuah medan di luar masjid di Giza itu.
“Rakyat mahu rejim Mubarak berkubur,” penunjuk perasaan didengar melaung selepas solat.
“Berambus, berambus Mubarak. Mubarak, pesawat menanti anda,” laung mereka lagi merujuk kepada bekas Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali yang terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi pada 14 Januari lalu berikutan bantahan besar-besaran rakyat yang berterusan hingga hari ini.
Malah, bantahan di Tunisia menyaksikan protes meletus di negara Arab lain termasuk Algeria, Jordan dan Yaman. Di Jordan, tunjuk perasaan ketiga pada hari Jumaat berlangsung.
Rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan sejak Selasa lalu dan lebih 1,000 sudah ditahan polis.
Ahli Ikhwanul Muslimim – kumpulan pembangkang yang diharamkan – turut ditahan polis selepas mengeluarkan kenyataan menyokong tunjuk perasaan itu.
Penunjuk perasaan yang rata-ratanya golongan muda mahu pemerintahan kuku besi Mubarak berakhir bagi menyelesaikan masalah pengangguran, inflasi dan rasuah.
Rungutan yang sama mengenai rasuah dan kemiskinan kedengaran di kalangan penunjuk perasaan di negara serantau Algeria dan Yaman yang turut mendapat inspirasi daripada revolusi di Tunisia yang menyaksikan berakhirnya pemerintahan kuku besi Ben Ali selama 23 tahun.
“Hanya tuhan yang tahu apa akan berlaku hari ini. Selepas Tunisia, apa saja boleh berlaku,” kata seorang penunjuk perasaan.
Selain perkhidmatan telefon selular, perkhidmatan internet melalui pelayan Mesir turut disekat di seluruh negara sejak malam kelmarin.
Laman web sosial Facebook sebelum ini digunakan oleh penganjur tunjuk perasaan untuk mengumumkan lokasi dan masa bantahan.– Reuters
Saya copy di sini[ greenboc.blogspot.com]
|
|
Sumber [ eramuslim.com] Rezim diktator di seluruh dunia Arab semakin dekat dengan keruntuhannya, pada saat revolusi Tunisia telah membuktikan bahwa aparat keamanan di negara itu tiba-tiba bisa gagal, analis mengatakan.
Di "Tunisia, penyiksaan, penindasan, penganiayaan di luar imajinasi dan semuanya runtuh dengan tiba-tiba," penulis dan analis politik Azzam Tamimi mengatakan dalam sebuah wawancara dengan Press TV.
"Para rezim di Mesir, di Yordania, Yaman, Aljazair di Libya, di Arab Saudi juga bisa runtuh," Tamimi menjelaskan lebih lanjut.
"Selama dua atau tiga minggu terakhir, khususnya selama seminggu terakhir, Tunisia telah menjadi pembicaraan di jalan-jalan di seluruh dunia Arab dan mungkin juga negara-negara Afrika di mana model yang sama despotisme berlanjut," ia menambahkan.
Analis secara khusus menunjukkan pada pemberontakan terbaru yang mungkin terjadi di di Arab Saudi.
"Ada banyak hal yang terjadi di Arab Saudi di mana masyarakat sekarang menyerukan demonstrasi untuk memicu semacam gerakan rakyat," lanjut Tamimi mengatakan.
Mantan Presiden Tunisia Zein El Abidine Ben Ali 23 tahun kediktatorannya, pemerintahannya dirusak oleh pelanggaran hak asasi manusia dan penyiksaan, harus berakhir pada awal bulan ini setelah berminggu-minggu aksi protes jalanan.
Sementara Tunisia telah menjadi model untuk mengejar demokrasi, analis politik telah memperingatkan bahwa faksi-faksi politik Tunisia harus mengamati aturan sistem demokratis untuk menghindari adanya kediktatoran kembali pasca-revolusi.
"Hal terakhir bahwa yang rakyat Tunisia perlu lakukan adalah mereka harus menciptakan raja baru," kata analis politik Mohammad Oweis dalam sebuah wawancara dengan Press TV.
Oweis memperingatkan kelompok oposisi Tunisia terhadap penerapan pendekatan otokratis dalam kekuasaan yang ada di negara Afrika Utara. (fq/prtv
Hamas telah berjaya melahirkan ramai doktor dari kalangan rakyat tempatan yang antara lain bukan sahaja dapat membantu orang ramai bagi kepentingan perubatan, tetapi juga membantu perjuangan Hamas sendiri."Selain itu, Kerajaan Hamas telah berjaya melahirkan lebih kurang 1,000 orang hafiz (hafiz dan hafizah) setiap tahun sejak berakhirnya peperangan dengan Israel tahun 2009 lalu, " KUALA LUMPUR, 24 Jan: [Harakahdaily]Kerajaan Hamas Palestin di bawah pimpinan Perdana Menteri, Ismail Haniyyah berjaya melakar beberapa kejayaan, walaupun ditekan pelbagai sudut oleh regim zionis Israel dan konco-konconya terutama sejak peperangan 22 hari tahun 2009 lalu. Jurucakap yang juga ketua rombongan pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri Palestin yang berkunjung ke Malaysia, Hani I. Y. Abu Owda menjelaskan, antaranya termasuklah kejayaan Hamas membuka kolej perubatan dan membina beberapa buah pusat menghafaz Al-Quran. (Foto: Tuan Guru Abdul Hadi menyampaikan cenderahati kepada Hani IY Abu Owda.) Menurut beliau, hasilnya, kini Hamas telah berjaya melahirkan ramai doktor dari kalangan rakyat tempatan yang antara lain bukan sahaja dapat membantu orang ramai bagi kepentingan perubatan, tetapi juga membantu perjuangan Hamas sendiri. "Selain itu, Kerajaan Hamas telah berjaya melahirkan lebih kurang 1,000 orang hafiz (hafiz dan hafizah) setiap tahun sejak berakhirnya peperangan dengan Israel tahun 2009 lalu," katanya. Beliau yang juga Pengarah Besar Pejabat Perdana Menteri memberitahu demikian dalam kunjungan rasminya ke Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini, untuk bertemu Presiden PAS, DatukSeri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Menurut beliau, sokongan orang ramai terhadap perjuangan Hamas di Palestin kini semakin membanggakan, terutama sejak selepas kematian Allahyarham Syeikh Ahmad Yasin. "Dalam masa yang sama, tentangan yang diterima oleh Hamas dari regim zionis Israel dan koncu-koncunya sebenarnya semakin dahsyat selepas tamatnya peperangan 22 hari dengan Israel tahun 2009 lalu menerusi pelbagai cara," katanya. Bagaimanapun, beliau turut menyuarakan kesyukuran, kekaguman dan ucapan terima kasihnya bagi mewakili Perdana Menteri kepada seluruh umat Islam di negara ini khasnya dan negara-negara lain amnya kerana telah memberikan sokongan pelbagai sudut kepada Hamas dan umat Islam di Palestin sejak dulu hingga kini. Hamas berjaya menubuhkan kerajaan setelah mendapat sokongan majoriti rakyat Palestin pada pilihanraya tahun 2006 lalu. Sejak itu, wakil-wakilnya telah beberapa kali berkunjung ke Malaysia untuk bertemu Presiden dan pemimpin-pemimpin PAS, manakala kunjungan hari ini merupakan kunjungan pertama bagi tahun ini. Dalam pertemuan itu, beliau turut menyampaikan salam penghargaan daripada Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gazza, Ismail Haniyyah kepada Abdul Hadi dan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli PAS di seluruh negara. Selain beliau, rombongan tersebut turut dianggotai Muat Haniyyah yang juga anak kepada Perdana Menteri Ismail Haniyyah, Dr Mahmoud Z. M. El Madhoun yang juga Pengarah Besar Program Latihan Diplomasi, Rami J.H. Al Ghamri yang juga jurutera dan Read Abu Dayer yang juga pegawai di Jabatan Perdana Menteri. Rombongan mereka tiba di Pejabat Agung PAS sekitar jam 12.30 tengah hari dengan disambut oleh Abdul Hadi, Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Turut hadir pada pertemuan itu, Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha dan AJK Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Mohd Faiz Nawi dan Amran Al-Malizi. |
Chua hina Queen Elizabeth dan PM India? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Jan: Serangan peribadi Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap calon PAS, Normala Sudirman kononnya 'kalau dia bersalam pun dengan memakai sarung tangan' adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. (Gambar atas: Queen Elizabeth bersalam dengan Perdana Menteri India Manmohan Singh dalam keadaan bersarung tangan.) Bahkan ia dianggap merendah-rendahkan pengetahuan dan budaya orang Cina sendiri seolah-olah mereka bodoh untuk menerima pandangan bekas menteri kesihatan itu. Ini kerana bersalam dengan memakai sarung tangan bukannya merendahkan martabat mana-mana pihak dan tidak ada kesalahanpun dari segi moralnya. Bagi kebanyakan pihak, kenyataan Chua ini sesuatu yang sangat naif dan menyerang pribadi pihak lain ketika moral beliau sendiri sangat dipertikaikan sehingga terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan sebelum ini. "Baginda Queen Elizabeth, Ratu England juga memakai sarung tangan ketika bersalam dengan mana-mana pihak hatta pemimpin negara lain. "Adakah Chua Soi Lek mahu berkata, Queen Elizabeth mahu menghina Perdana Menteri India, Manmohan Singh ketika bersalam dengan beliau dalam keadaan memakai sarung tangan," kata seorang pemerhati politik. Bagi keluarga diraja British, tidak memakai sarung tangan ketika bersalam dengan pihak lain adalah satu yang tidak beradab. Bagi Islam pula, bersalam dengan lelaki atau perempuan yang boleh dinikahi (bukan muhrim) adalah satu kesalahan (dosa). Normala Sudirman pula menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita. Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi. Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam. "Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. "Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus. "Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno," kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini. Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang. "Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini. "Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," kata Chua. |