09 Januari 2011

APCO dalam AL QURAN




LARANGAN MENGAMBIL ORANG-ORANG YAHUDI SEBAGAI PENASIHAT
Surah Al Imran .Ayat 118-125
 118. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa Yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa Yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
119. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah Yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu Dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): "Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) Yang ada di Dalam dada.
120. kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka Yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa Yang mereka lakukan.
121. dan (ingatlah Wahai Muhammad), ketika Engkau keluar pada pagi hari dari Rumah ahlimu (di Madinah), Dengan tujuan menempatkan orang-orang Yang beriman pada tempat masing-masing untuk berperang (di medan perang Uhud). dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
122. (ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang Yang beriman itu bertawakal.
123. dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).
124. (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Engkau berkata kepada orang-orang Yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, Bahawa Allah membantu kamu Dengan tiga ribu tentera dari malaikat Yang diturunkan?,"
125. bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu Dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu Dengan lima ribu malaikat Yang bertanda masing-masing

0 Comments:

Post a Comment