IAN FARDOE duduk di dalam 'basikal torpedo' ciptaannya.
Pergi ke pejabat naiki 'basikal torpedo'
WHITMORE REANS, Britain - [kosmo] Seorang pekerja di sebuah pusat pembangunan basikal, Ian Fardoe mencipta 'basikal torpedo' untuk pergi ke pejabatnya ketika harga petrol meningkat tinggi di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia dikenali sebagai 'basikal torpedo' kerana bentuknya seperti peluru berpandu torpedo.
Fardoe yang berumur 39 tahun duduk di dalam basikal torpedo itu yang mempunyai pengayuh dan bumbung serta diberi nama
velomobile itu ke tempat kerjanya sejauh 9.65 kilometer dari rumahnya.
Menurutnya, dia berasa selamat apabila menggunakan kenderaan itu di sebuah lebuh raya di Midlands.
"Tidak ada kos petrol dan tidak terlalu banyak penyelenggaraan yang perlu dilakukan, Ia hanya diperbuat daripada peralatan basikal," kata Fardoe. - Agensi