14 Januari 2011

 Mempercayai penyapu boleh menjatuh dan menaikkan kedudukan seseorang adalah syirik dan khurafat, tetapi apa yang sedang berlaku dalam kehidupan khir Toyo hari ini adalah berkaitan dengan kifarat dosa dan kezaliman yang telah dilakukannya terhadap rakyat jelata semasa pemerintahanya dahulu. Allah Maha mendengar lagi Maha berkuasa, doa orang yang pernah dizalimi oleh khir Toyo kini diqabulkan oleh Allah di dunia ini lagi.

Gelaran Datuk Seri digantung


MOHAMAD KHIR (kanan) bersama Shamsuddin (berdiri, kiri) menunggu di bilik jaminan untuk membayar wang jaminan RM750,000 di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Disember tahun lalu.



SHAH ALAM - Tindakan bekas Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo memulangkan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri semalam dibuat selepas tindakan penggantungan gelaran diputuskan oleh Sultan Selangor.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi menjelaskan, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan penggantungan gelaran S.P.M.S itu selepas Mohamad Khir dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Disember tahun lepas.
Baginda turut menitahkan penggantungan Darjah Kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang membawa gelaran Datuk kepada Pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Shamsuddin Haryoni.
Shamsuddin turut menghadapi pertuduhan di mahkamah dalam kes yang sama dengan Mohamad Khir.
Mohamed Khusrin dalam kenyataannya semalam menjelaskan, keputusan menggantung pengurniaan darjah itu akan disemak semula jika mahkamah memutuskan penyandangnya tidak bersalah dan dibebaskan.

0 Comments:

Post a Comment