14 Januari 2011



Sempena hari jumaat adalah hari ilmu bagi seluruh rakyat di negeri Kelantan maka untuk rakyat-rakyat lainya yang masih lagi berada di bawah naungan YAHUDIAPCO Silalah ikuti sekali lagi siri kuliah emas dan dinar emas penyelamat ekonomi umat Islam di bawah ini..selamat mencari ilmu TQ
 
 
 

Harga Getah Kekal Tinggi, Susu Getah Pukal Cecah 1,000 Sen Satu Kg
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Harga-harga getah Malaysia meneruskan peningkatan dengan susu getah pukal mencecah harga rekod 1,000 sen satu kg Khamis.

Gred tara SMR 20 juga mencecah ketinggian baharu 1,592 sen satu kg, didorong oleh harga minyak mentah yang lebih kukuh.

Seorang peniaga berkata harga akan meningkat lebih tinggi berdasarkan prospek permintaan yang tinggi ketika bekalan kekal sedikit, terutamanya dengan ketibaan musim daun luruh tidak lama lagi.

Musim daun luruh di negara-negara pengeluar utama akan memaksa penorehan dihentikan kerana pokok-pokok mengeluarkan sedikit getah pada ketika ini.

Jabatan Statistik Rabu melaporkan tahap simpanan getah asli setakat akhir November 2010 adalah pada 131,381 tan metrik, satu pengurangan 6,614 tan metrik atau 4.8 peratus daripada bulan sebelumnya, berikutan banjir di utara Semenanjung Malaysia.

Pada tengah hari, harga penjual fizikal Lembaga Getah Asli bagi gred tayar SMR 20 meningkat 13.5 sen kepada 1,592 sen satu kg, aras tertinggi semenjak getah gred tayar mula diperkenalkan pada 1972, sementara susu getah pukal meningkat 10 sen kepada 1,000.50 sen satu kg.

Harga penutup penjual tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 naik satu sen kepada 1,592.5 sen satu kg dan susu getah pukal naik 7.5 sen kepada 1,003.5 sen satu kg.

-- BERNAMA

0 Comments:

Post a Comment