Seorang maut 500 lagi cedera pertempuran di Mesir
03/02/2011 2:58am
KAHERAH 3 Feb. - Seorang anggota tentera maut manakala sekurang-kurangnya 500 orang dilaporkan cedera dalam pertempuran antara penyokong dan penentang Presiden Hosni Mubarak di pusat bandar Kaherah, semalam.
“Seramai 500 orang tercedera hanya di sini sahaja,” kata seorang pegawai perubatan kepada AFP di hospital kecemasan yang didirikan di sebuah masjid berhampiran Tahrir Square.
Lain-lain mangsa dibawa ke hospital berdekatan lain, katanya. - AFP