02 Februari 2011

Jika kita amati dada-dada akhbar dan media arus perdana maka kita akan dapati kebanyakkan beritanya hanyalah difokuskan kepada sekumpulan pelajar Malaysia yang belajar dalam jurusan perubatan di Mesir, sedangkan di sana bilangan pelajar yang paling ramai adalah dalam aliran agama seperti Usuluddin, syariah dan sebagainya. Mereka ini sebahagian besarnya datang dari kelantan dan Kedah, mereka terbang ke Al Azhar Mesir dengan belanja sendiri dan belajar tanpa biasiswa atau bantuan dari mana-mana pihak, ibu-bapa mereka di kampung hanya orang kebanyakkan yang terpaksa bergolok-bergadai serta menjual lembu dan kerbau untuk  menghantar anak-anak mereka belajar agama di universiti Al Azhar Mesir...Ya Allah Selamatkanlah adik-adikku para mujahidin dan mujahidah di  Mesir ..Aminnnn..

Pelajar aliran agama juga rakyat 1Malaysia





'Tolong selamatkan kami'



RUMAH Negeri Sembilan di Kaherah ini adalah antara tempat kediaman pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.


KOTA BHARU - Pelajar jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar, Tengku Nurfar'ain Qistina Tuan Kamarul Baharin (gambar), 21, bernasib baik kerana sempat meninggalkan Mesir kelmarin walaupun dia tidak mempunyai wang yang cukup.
Semuanya kerana ibu kepada kenalannya mempunyai kad kredit dan dengan kemudahan kewangan itu, mereka berjaya membeli tiga tiket penerbangan pesawat Gulf Air dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 9.30 pagi kelmarin.
Namun ada pesanan rakan-rakan pelajarnya di negara yang sedang bergolak itu menyebabkan dia tidak lena tidur.
"Kawan-kawan saya pesan, kalau saya selamat balik, tolong selamatkan mereka pula," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.
Katanya, walaupun dia mempunyai wang di dalam bank, masalah yang dihadapi ramai orang di Mesir ialah semua urusniaga perbankantelah dihentikan.



500 pelajar mula dipindah

KUALA LUMPUR - Seramai 500 pelajar Malaysia berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (ARMA) di Abasiah, Kaherah mulai semalam.
Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (Perubatan), Muhammad Husaini Saleh berkata, arahan perpindahan itu dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengelak mereka menjadi mangsa keganasan rakyat negara itu yang mengadakan demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
"Kami masih tidak mengetahui jumlah pelajar yang dapat dipindahkan ke ARMA sejak 25 Januari lepas kerana kerajaan Mesir telah menguatkuasakan perintah berkurung bermula pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

0 Comments:

Post a Comment