12 Februari 2011


Tok Pa dan gerombolannya perlu kembali kepada ISLAM dengan sebaik mungkin jika mahu memikat hati rakyat kelantan. Gelombang Merah hanyalah satu strategi sesuai untuk penoreh getah di Kawasan Parlimen Jeli yang diwakili oleh Tok Pa sahaja, adapun di kawasan-kawasan lain rakyat kelantan lebih cerdik dan lebih bijak, mereka bukanlah seperti mana yang Tok Pa dan gerombolan gelombang merah sangkakan.

Empat Aspek Jamin Kemenangan Di Kelantan - Mustapa Mohamed
PASIR PUTEH, 11 Feb (Bernama) -- Umno Kelantan akan menekankan kepada empat aspek yang diyakini boleh menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Aspek tersebut ialah berhubung program gerak saraf, pendaftaran pemilih baru, jentera penerangan dan tarikan pengundi luar yang akan diperkuatkan lagi.

"Jika empat perkara ini diberi tumpuan khusus, tidak ada sebab BN tidak mampu memenangi Kelantan pada pilihan raya umum ini.

"Sebab itu kita adakan Konvensyen Umno ini bagi mencari kata sepakat bagaimana empat aspek ini boleh diperkasakan dan Alhamdulillah ia telah berjalan lancar dan menuju landasan yang tepat," kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Umno Kelantan di sini yang dihadiri lebih 3,000 anggota parti pelbagai peringkat.

Beliau berkata anggota Umno Kelantan kini nampak begitu bersemangat terutama selepas pelancaran program Gelombang Merah baru-baru ini bagi memenangi lebih 23 kerusi Dewan Undangan Negeri dan lebih tujuh kerusi Parlimen.

BN Kelantan kini menduduki tujuh kerusi daripada 45 kerusi DUN dan dua kerusi daripada 14 kerusi Parlimen.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata masalah bekalan air dan kebajikan rakyat di Kelantan akan diberi perhatian oleh Umno dalam usaha membantu rakyat.

-- BERNAMA

0 Comments:

Post a Comment