13 Februari 2011

Zina semakin MUDAH Kahwin semakin SUSAH


Punca perceraian atau keruntuhan rumah tangga yang dibina oleh pasangan Muslim di negara ini bukanlah berpunca dari kurangnya masa semasa menghadiri kursus perkahwinan semata-mata, sebaliknya banyak lagi faktor-faktor lain yang juga turut membawa kepada berlakunya perceraian dan keruntuhan mahligai bahagia yang telah mereka bina. Masalah keluarga tetap berkait rapat dengan masalah negara secara keseluruhannya,  jika kursus perkahwinan diadakan selama setahun sekalipun, sedangkan suasana pentadbiran negara tetap berasaskan sistem sekular yang mengabaikan tuntutan agama dalam kehidupan seharian, maka keruntuhan rumah tangga tetap akan berlaku di mana-mana. Kembalilah kepada ISLAM secara "Kaaffah" insyaAllah segala penyakit masyarakat akan hilang atau berkurangan dengan sendirinya.
Tempoh Kursus Pra-Perkahwinan Perlu Dipanjangkan
KOTA KINABALU, 13 Feb (Bernama) -- Tempoh kursus pra-perkahwinan bagi pasangan beragama Islam perlu dipanjangkan sebagai persediaan kehidupan berumahtangga yang semakin mencabar pada masa kini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Azizah Mohd Dun berkata tempoh dua hari yang diperuntukkan untuk kursus itu oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri terlalu singkat.

"Saya mencadangkan agar kursus ini dipanjangkan dengan pengisian kursus dikaji semula supaya sesuai dengan permintaan dan cabaran sosial semasa.

"Ini langkah yang perlu kita ambil, apatah lagi dengan pelbagai gejala sosial yang semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Keluarga Sakinah anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri di sini Ahad.

-- BERNAMA

0 Comments:

Post a Comment