06 Mac 2011

Innalillahi wainna ilahi raajiuun..Takziah kepada keluarga Allah Yarham

 
MAYAT Lee dibawa dengan kenderaan pacuan empat roda ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat.


Gajah betina naik minyak

GUA MUSANG –[kosmo] Tindakan seorang penoreh getah yang cuba menghalau sekumpulan gajah menggunakan mercun bola mengundang padah apabila seekor gajah betina daripada kumpulan tersebut naik minyak dan menyerangnya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang kelmarin, Lee Che Hassan, 46, maut di kebun getahnya di Kampung Serian, Batu 11, dekat sini. Haiwan itu dipercayai menyerang Lee kerana terkejut dengan tindakan lelaki itu membakar mercun bola.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata, akibat letupan itu, seekor gajah betina yang mengiringi dua ekor anak gajah naik minyak lalu mengangkat mangsa dengan belalai sebelum menghumbannya ke sebatang pokok.
“Lee mati di tempat kejadian dalam keadaan terduduk dengan beberapa kesan lebam di kepala manakala mukanya ditutup dengan tangan dipercayai menahan sakit,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, mangsa dipercayai telah membakar mercun itu untuk menghalau sekumpulan enam ekor gajah yang memasuki kebun getahnya.
Menurut maklumat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), gajah yang menyerang mangsa dipercayai gajah betina jenis Asian yang dianggarkan seberat dua tan, berusia di antara 30 hingga 40 tahun berdasarkan kesan tapak kaki yang ditemui.

0 Comments:

Post a Comment