1-Empat terkorban berdekatan lapangan minyak Libya
RAS LANUF 5 Mac - [utusan] Sekurang-kurangnya empat orang terkorban ketika pertempuran antara pengikut setia pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan pemberontak kawasan timur berdekatan dengan lapangan Minyak di Ras Lanuf, hari ini.
“Mereka menembak roket kearah kami. Saya menyaksikan empat orang terkorban depan mata saya terkena serangan roket,” ujar seorang pemberontak yang hanya dikenali sebagai Marai berkenaan pertelingkahan yang berlaku 10 kilometer dari barat Ras Lanuf.
Dia yang tidak memiliki sebarang senjata itu berkata tentera Gaddafi menyerang mereka menggunakan helikopter. - AFP
2-Zawiyah dikelilingi tentera Gaddafi
LONDON 5 Mac - [utusan]Bandar Zawiyah kini dikelilingi oleh pasukan tentera yang setia dengan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan mereka berjaya mengawal pemberontak, ujar seorang wartawan Britain.
“Bandar ini kini dikepung, ia dikelilingi oleh tentera,” ujar Alex Crawford, wartawan stesen televisyen Sky News.
Sebelum ini, stesen televisyen tersebut melaporkan dari hospital di sana
bahawa sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan sehingga 50 orang yang tercedera iaitu tujuh daripada mereka berada dalam keadaan kritikal. - AFP