AMSTERDAM - Penduduk di negara maju perlu menyesu:aikan diri dengan kemungkinan terpaksa memakan serangga menjelang 2020 kerana pada masa itu, serangga dijangka menjadi sebahagian daripada diet penting.
Kajian sekumpulan pakar serangga di Universiti Wageningen, Belanda mendapati serangga mungkin menjadi sumber makanan utama manusia pada masa depan.
Pelanggan yang sebelum ini berasa geli melihat makanan berasaskan serangga dijual di restoran mungkin terpaksa memilih hidangan itu apabila daging haiwan biasa menjadi semakin mahal dan berkurangan.
Menurut saintis, orang ramai perlu mengubah pandangan mengenai serangga dan pengeluar perlu memasarkan sumber makanan baru itu dengan cara yang betul dan dapat meyakinkan pengguna.
Lebih 1,000 spesies serangga menjadi santapan penduduk di 80 peratus daripada negara di dunia, terutama di negara miskin dan beriklim tropika.[ sinarharian.]