Sumber[MK] Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.
“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.
Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.
"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.
"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna,” katanya.
NIAT: Interlok punca pelajar dipaksa cakap 'Keling Babi'
Novel Interlok, yang menjadi komponen sastera tingkatan lima dan kini melalui proses pindaan bahagian-bahagian yang sensitif terus dilanda kontroversi dan dikatakan memberi implikasi perkauman yang serius.
Pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim berkata terdapat beberapa kejadian kurang menyenangkan berlaku terhadap pelajar India sejak novel itu dijadikan bahan teks sastera di sekolah.
“Seperti di sebuah sekolah menengah di Sungai Buloh, dalam rakaman Youtube, kami dapati terdapat sekumpulan pelajar kaum Melayu memaksa seorang pelajar kaum India cakap 'Keling Babi'.
“Inilah punca kenapa kami mahu Interlok dihapuskan. Interlok tidak sesuai dijadikan novel pelajar sekolah,” katanya pada sidang akhbar kepada TV Selangor, semalam.
KAIRO (Arrahmah.com) – Pengadilan Mesir mendenda Presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak, dan dua mantan pejabat Mesir lainnya dengan uang sebesar £ 55 juta karena memblokir jaringan internet dan telepon selama protes Januari.
Pengadilan memutuskan agar Mubarak membayar denda £ 20 juta; mantan Perdana Menteri Mesir Ahmed Nazif £ 4 juta, serta mantan Menteri Dalam Negeri Mesir, Habib al-Adly, sebesar £ 30 juta karena dinilai telah mengeluarkan kebijakan yang merusak mereka terhadap ekonomi nasional, sumber pengadilan mengatakan.
Ini adalah putusan pengadilan pertama yang dilakukan terhadap Mubarak sejak dia digulingkan pada tanggal 11 Februari lalu.
Mubarak menghadapi tuduhan lebih serius, termasuk memerintahkan pembunuhan terhadap demonstran. Tuduhan ini dapat mengantarkan Mubarak pada hukuman mati.
Dua putranya, Alaa dan Gamal, juga diseret ke meja hijau karena berbagai tuduhan. Kejahatan mereka yang terdaftar di pengadilan di antaranya adalah pembunuhan yang disengaja, percobaan pembunuhan terhadap para demonstran, penyalahgunaan wewenang, menghambur-hamburkan dana publik, serta melawan hukum untuk memperoleh keuntungan pribadi. (althaf/arrahmah.com)
|
|
KUALA LUMPUR, [harakah]23 Mei: Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan umat Islam di seluruh dunia. Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) berkata, kejadian itu turut menjadi satu tamparan hebat kepada umat Islam di negara ini, memandangkan negara ini adalah negara umat Islam dengan Islam sebagai agama rasminya. Menurut beliau, dalam masa yang sama, ia turut melibatkan maruah para mufti sendiri di tanah air kerana Malaysia turut memiliki mufti yang ramai yang berjumlah 14 orang di seluruh negara. Katanya, selain itu, ia turut memberikan tamparan hebat kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam yang berada di JPM yang walaupun tidak mempunyai kementerian khusus, tetapi berfungsi sebagai menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap hal ehwal Islam di negara ini. "Memang amat mengaibkan. Dah lebih 50 tahun Kerajaan BN yang ditunjangi Umno memerintah negara ini, tetapi masih gagal mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi, hari ini. Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia. WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita. Menurut Ustaz Taib, para pemimpin Umno sepatutnya berasa malu dengan statistik itu, memandangkan sebelum ini mereka begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh. Antara pemimpin Umno yang jelas menyuarakan kebanggaannya dengan pengiktirafan Amerika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri. "Jadi sekarang apakah sudahnya? Patutlah Amerika mahu Malaysia jadi negara Islam contoh. Tidakkah para pemimpin Umno malu dengan apa yang berlaku itu?" katanya sinis. Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, walaupun secara dasarnya statistik itu melibatkan orang bukan Islam, tetapi kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan BN tahu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat. "Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan BN tidak sepatutnya membiarkan rakyatnya begitu bebas dengan minuman arak, tetapi mestilah ada dasar tertentu yang perlu dilaksanakan bagi kawalan dan pemantauannya. "Selain itu, kerajaan juga perlu melaksanakan dasar-dasar tertentu ke arah mendidik rakyatnya agar faham dengan bahaya minuman keras. Tetapi tanggungjawab itu ternyata gagal dilaksanakan oleh Kerajaan BN," katanya. Beliau turut bimbang jika statistik itu juga turut membabitkan umat Islam sendiri, memandangkan di negara kita sememangnya terdapat anak pemimpin sendiri yang menjadi taukeh syarikat arak terbesar di Filipina, San Miguel, manakala bapanya pula asyik menghentam ulama kononnya dialah yang lebih pandai mengenai hukum-hakam. Lebih jauh dari itu, katanya, walaupun umat Islam sendiri tidak meminumnya, tetapi kegitan itu juga pasti turut melibatkan umat Islam kerana persoalan arak itu sendiri melibatkan 10 perkara atau 10 pihak. "Antaranya termasuklah pihak yang mengeluarkan lesen penjualan arak, orang yang menyediakan pembuatannya, orang yang menghidangnya dan orang yang mengangkutnya. "Walaupun saya hanya menyebut beberapa perkara dari 10 perkara itu, tetapi dari yang saya sebutkan itu, tidakkah ia juga turut terbabit dengan umat Islam?" tegasnya. Dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-10 peminum arak tertinggi di dunia, jelas beliau, ternyata menunjukkan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno tidak mengambil berat tentang perkara itu, walaupun ia akan mendatangkan kesan amat buruk kepada negara. "Arak adalah ibu maksiat. Jika ia tidak ditangani dengan baik, ia pasti akan mendatangkan masalah besar kepada peminumnya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, termasuk mempertingkatkan lagi kes-kes gejala sosial," katanya. Menurut beliau lagi, tokoh gerakan Islam, Al-Syahid Syed Qutb di dalam bukunya "Fi Zilli Quran" menjelaskan, kelebihan kepimpinan Islam antara lain akan menjaga dan mendokong kedaulatan agama, dakwah dan akhlak rakyatnya. "Dalam Umno BN ternyata tidak ada landasan itu. Ia amat berbeza dengan PAS. Inilah yang perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini dengan memberikan sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bagi membolehkan negara muncul sebagai negara yang diberkati Allah," ujar beliau. |
WAZIRISTAN (Arrahmah.com) – Sebuah saluran televisi lokal mengutip pernyataan agen intelijen Afghan melaporkan bahwa amir Imarah Islam Afghanistan, Mullah Mohammad Omar telah syahid di Pakistan.
“Mullah Omar tewas dalam perjalanan dari Quetta menuju Waziristan Utara,” ujar televisi TOLO dalam siaran beritanya seperti yang dilansir Xinhua hari ini (23/5/2011).
Televisi chanel privat itu, bagaimanapun, tidak memberikan rincian lain terkait kabar ini.
Sementara itu, pejabat keamanan lokal mengonfirmasikan “pembunuhan” tersebut, mengatakan bahwa Mullah Omar tewas di Pakistan.
“Itu benar bahwa Mullah Omar telah tewas,” ujarnya.
Mullah Omar merupakan pendiri Taliban (kini bergabung dengan kelompok lain dan mendirikan Imarah Islam Afghanistan-red) yang pernah memimpin negara Afghanistan pada tahun 1996 sampai 2001.
Amir Imarah Islam Afghanistan (IIA) ini, menjadi salah satu target perburuan Amerika Serikat sejak mereka menyerang Afghanistan pada tahun 2001.
Laporan pembunuhan amir IIA datang hanya beberapa minggu setelah laporan kematian amir Al Qaeda, Syaikh Usamah bin Ladin rahimahullah, juga di Pakistan.
Belum ada statemen resmi yang dikeluarkan oleh pejabat IIA terkait pemberitaan ini. Situs Voice of Jihad yang menjadi agen berita resmi Imarah Islam Afghanistan pun belum memberitakan laporan ini. (haninmazaya/arrahmah.com)
Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi ini.
Beliau dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung, lapor Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, beliau kini dilaporkan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan.
Malaysiakini difaamkan, keluarganya kini mahukan privasi dan tidak mahu bercakap dengan pihak media buat masa ini.
Sebagai ketua hakim yang keenam, Zaki, 66, dilantik pada 21 Oktober 2008, menggantikan Abdul Hamid Mohamed.
Beliau juga berkhidmat sebagai hakim mahkamah persekutuan dan presiden mahkamah rayuan.[malaysiakini.]
KUALA LUMPUR, 20 Mei: [Sumber]Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan (gambar) dijangka mengekalkan jawatannya selepas tiga lagi calon lain membayangkan tidak akan bertanding jawatan tersebut. Terbaru, calon terakhir yang ditunggu membuat keputusan, iaitu ketua penerangan dewan itu, Suhaizan Kaiat, juga mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut. "Setelah mempertimbang pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh ahli-ahli PAS seluruh negara maka saya membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding secara harmoni dan penuh ukhuwah jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan AJK PAS Pusat," katanya yang membuat pengumuman melalui blognya awal pagi ini. Semalam, dua lagi calon iaitu timbalan ketua pemuda PAS sekarang ini, Azman Shapawi Abd Rani dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar, telah menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan tersebut. Azman seperti laporan Harakahdaily semalam berkata, beliau tidak akan bertanding jawatan ketua pemuda sekiranya Nasruddin berhasrat mempertahankan jawatan yang disandangnya kini itu. Firdaus pula semalam memaklumkan hanya akan bertanding merebut kerusi nombor dua dewan itu sekaligus menolak untuk bertanding ketua pemuda. Dengan pengumuman Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor itu, bermakna sah Nasruddin mempunyai laluan selesa untuk mengekalkan jawatan yang sedang disandangnya. Bagaimanapun keputusan rasmi calon yang akan bertanding hanya akan diketahui selepas 26 Mei ini. Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu berkaitan pemilihan yang akan diadakan awal bulan depan. Mengulas pertemuan malam tadi itu, Nasruddin ketika dihubungi berkata, pertemuan itu tidak menjurus kepada perbincangan untuk berkompromi terhadap mana-mana jawatan yang dipertandingkan. "Malam tadi kita membuat keputusan terbuka. "Kita serah kepada semua perwakilan untuk menentukan siapa yang mereka mahu pilih. "Dalam masa yang sama, semua calon juga bebas sama ada mahu bertanding atau menarik diri,"katanya. Keputusan itu ujarnya lebih baik sebagai menghormati kepercayaan ahli akar umbi yang telah membuat pencalonan. Dalam pada itu, mesyuarat khas malam tadi turut memaklumkan bahawa perasmian muktamar dewan itu akan diadakan pada 1 Jun di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Manakala muktamar penuh akan diadakan pada keesokannya. Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013: Ketua 1. Azman Shapawi Abd Rani, ustaz 2. Mohd Firdaus Jaafar, ustaz YB 3. Nasruddin Hassan, usaz 4. Suhaizan Kaiat Timbalan Ketua 1. Ahmad Sabki 2. Azman Shafawi 3. Firdaus Jaafar, YB 4. Mohd Nor Hamzah, YB 5. Nasaruddin Hassan 6. Nik Abduh Nik Aziz 7. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob 8. Riduan Mohd Nor 9. Suhaizan Kaiat Naib Ketua 1. Azman Shafawi, Ustaz 2. Firdaus Jaafar, YB 3. Kamaruzaman Mohamad 4. Khairi Faizi Kamil 5. Mohd Nor Hamzah 6. Mohd Sany Hamzan 7. Nasir Zakaria, YB 8. Nik Abduh Nik Aziz 9. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob 10. Riduan Mohd Nor 11. Sabki Yusof 12. Suhaizan Kaiat |
Sumber [di sini]Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar tindakan penguatkuasa agama yang menyebabkan kematian dalam operasi pencegahan maksiat, seperti yang dilaporkan semalam.
Menurutnya, tindakan bagi membendung "maksiat peribadi" -- seperti khalwat dan minum arak -- yang dilakukan secara bersembunyi sehingga menyebabkan kematian merupakan satu dosa.
"Maka anggota operasi perlulah didakwa dan dibicara atas tuduhan menyebabkan kematian," katanya ketika mengulas kes mangsa mati terjatuh bangunan kerana mengelak intipan sebuah jabatan agama, dipercayai merujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
"Mereka ini telah menyebabkan mungkar yang lebih besar iaitu kematian kerana ingin mencegah kemungkaran kecil iaitu 'khalwat' dan menggunakan kaedah pencegahan yang dilarang oleh agama iaitu mengintip."
Semalam, seorang bekas polis dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup anggota JAWI yang melakukan operasi cegah maksiat.
Bernama melaporkan, dalam insiden kira-kira jam 2 pagi, mangsa berumur 49 tahun -- yang menginap dengan pasangannya di hotel itu -- terjatuh ketika cuba lari melalui tingkap.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.
Maksiat dalam filem, atas pentas?
Dalam kenyataan hari ini, Dr Mohd Asri juga berkata, beliau dukacita dengan berita kematian itu kerana ia bukan kes yang pertama dan sudah sering berulang.
"Walaupun sudah kritikan dibuat, tetapi hal ini tetap berulang. Apabila berita tersebar dalam media, ia memalukan keluarga mangsa, memberikan mesej yang salah mengenai Islam kepada bukan muslim dalam negara ini...," katanya.
Pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga mengulangi pendiriannya bahawa Islam tidak cenderung menghukum dan membongkar dan mengintip maksiat peribadi walaupun pelakunya sendiri mengaku.
Menurut Dr Mohd Asri, cubaan menyembunyikan dosa itu melambangkang pelaku itu masih mempunyai nilai malu dan mahu menjaga maruah diri dan keluarga.
"Apa yang peliknya dalam negara kita, maksiat yang jelas, berpelukan lelaki dan perempuan dalam filem, atas pentas lakonan, pentas seni dibiarkan oleh pihak berkuasa pencegah maksiat, sehingga ada isteri orang besar pun yang memeluk artis luar negara di hadapan umum, dibiarkan, (tetapi) yang sembunyi dicari dan diburu," katanya.
Tambahnya, sikap suka mengintip itu juga mencetuskan kontroversi video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu juga menurut Dr Mohd Asri lagi, jika dibiarkan akan menjadi trend untuk menjatuhkan sesuatu pihak.