TIADA KESAHIHAN TENTANG KEMATIAN OSAMA BIN LADEN . SEMOGA AL-AZHAR TIDAK TURUT TERTIPU DENGAN PROPAGANDA YAHUDI DAN AMERIKA
KAHERAH 3 Mei – Islam menentang pengkebumian di dalam laut selepas pegawai Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan kenyataan pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden dikebumikan di dalam air, kata jurucakap Universiti Al-Azhar kepada AFP.
"Jika benar mayat itu (Osama) telah dicampak ke dalam air, maka Islam menentang sepenuhnya perkara itu," kata Mahmud Azab yang juga merupakan penasihat Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb.
Katanya, setiap mayat jika menjadi mangsa bunuh atau mati secara semulajadi mesti dihormati. Mayat penganut agama atau tidak, Islam atau Kristian, mesti dihormati.
"Islam hanya membenarkan pengkebumian di dalam tanah kecuali kes yang tidak boleh dielakkan seperti mati lemas," tambahnya.-AFP