28 Mei 2011


Ismail Sabri Cadang Koperasi Muslimin Dipertimbang Untuk Anugerah Tokoh Koperasi
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mencadangkan agar Koperasi Muslimin Malaysia Berhad dipertimbang untuk Anugerah Tokoh Koperasi sempena sambutan Hari Koperasi Negara tahun ini.

Beliau berkata cadangan itu berasaskan pencapaian membanggakan koperasi tersebut sepanjang 30 tahun beroperasi.

"Pencapaian itu termasuk sebagai antara koperasi pertama mempelopori sistem muamalat berasaskan perinsip Islam, mengetengahkan gabungan ulama dan profesional sebagai anggota lembaga serta memiliki aset bernilai lebih RM60 juta.

"Pencapaian ini telah mengharumkan nama Koperasi Muslimin di kalangan anggota khususnya dan masyarakat amnya," katanya dalam ucapan merasmikan sambutan ulang tahun ke-30 koperasi itu, di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Bahagian Statutori dan Pendaftaran Mat Deris Jusoh.

Koperasi Muslimin yang ditubuhkan pada 27 April 1981 kini mempunyai 43,000 anggota, mengumpul dana saham berjumlah lebih RM25 juta serta pernah tersenarai antara 100 koperasi terbaik negara pada 2008.

-- BERNAMA

0 Comments:

Post a Comment