25 Jun 2011

SHAH ALAM 24 Jun - [di sini]Sekiranya pemimpin dan penyokong pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai hati yang bersih, mereka tidak akan menyertai perhimpunan haram seperti yang dirancang oleh Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. ''Kalau ikut bersih boleh... tetapi yang Bersih itu tidak berapa bersih. Kalau hati bersih saya fikir dia tidak buat benda macam itu.
''Orang pergi dengan Bersih ini memang orang yang tidak bersih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek Kompleks Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Selangor di Seksyen 8 di sini, hari ini.
Beliau mengulas seruan Abdul Hadi agar seluruh ahli Pas supaya turun menyertai perhimpunan Bersih yang dipengerusikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam, S. Ambiga pada 9 Julai ini.
Mengenai kebimbangan orang Melayu akan 'bertempur' sesama sendiri ekoran perhimpunan itu mendapat bantahan pelbagai pihak, Dr. Mahathir berkata, pada masa ini pun, orang Melayu sudah bertempur.
Katanya, perkara itu berlaku apabila ada pihak yang mengaku hanya diri mereka Islam, manakala orang lain tidak mengamalkan ajaran Islam 100 peratus.
''Semua ini sebabkan kita bertempur (sesama sendiri) dan ini adalah soal politik dan bukannya agama," katanya.

0 Comments:

Post a Comment