Pertamanya, tuan perlu masuk ke dalam akaun Facebook dengan
log in dan kata laluan yang disediakan.
Dalam Facebook, ada disediakan kemudahan untuk penutupan sementara bagi sesebuah akaun.
Ia bermakna segala maklumat anda akan dihapuskan daripada servis atau paparan di laman Facebook. Sesiapa sahaja tidak akan dapat mencari akaun atau melihat maklumat yang berkaitan dengan akaun tersebut. Namun begitu sekiranya, tuan punya akaun tersebut mahu kembali, ia boleh mendapatkan dan mengaktifkan semula akaun Facebook tersebut.
Fungsi ini dinamakan sebagai
DEACTIVATE. Ia boleh dicapai di laman
Account settings dalam akaun Facebook. Apabila akaun tersebut diaktifkan semula, segala maklumat yang ditinggalkan sebelum ini akan dikembalikan keadaan asalnya.
Sekiranya perlu untuk membuang secara terus dan total sesebuah akaun Facebook, sila klik ke alamat URL yang seterusnya. http://
www.facebook.com/help/contact.
php?show_form>delete_account
Setelah itu, diperlukan masuk login dan kata laluan ke laman Facebook tersebut.
Sekiranya tidak ingat kata laluan dan sebagainya, kata laluan tersebut perlu disetkan semula dengan mengklik pada sambungan
Forgot your password.
Seterusnya, ikut arahan yang diberikan sehingga selesai akaun Facebook tersebut dihapuskan.