12 Jun 2011

Pendedahan: Judi Bola di Kelantan

Semasa menghabiskan cuti persekolahan di Kelantan tempohari, saya sempat berborak dengan seorang lelaki Peminat Bola tahap kampung yang berusia sekitar 50 an, Katanya setiap kali adanya siaran TV perlawanan bola sepak, tak kiralah sama ada perlawanan itu melibatkan pasukan dalam negeri atau luar negara, maka pasti juga akan adanya perjudian di antara dia dan "kawan-kawan kedai kopinya". Antara lokasi perjudian yang selalu beliau dan rakan-rakannya pergi untuk berjudi ialah kedai kopi tertentu di Kedai Mulong Kelantan,. jelasnya lagi dalam Judi Bola tahap kampung atau tahap kedai kopi ini biasanya mereka tidaklah menggunakan wang ringgit sebagai pertaruhan, ini kerana kebanyakkan mereka adalah orang miskin(penoreh getah dan buruh kasar ), jadi mereka sekadar mempertaruhkan sekotak rokok Gudang Garam dan secawan tea sahaja, apa yang penting ialah mereka dapat berjudi dan berseronok, itu sahaja.   
           Walaupun judi bola tahap kampung ini nampak kecil sahaja, tetapi dosanya di sisi Allah SWT tetap sama dengan mereka yang mempertaruhklan jutaan ringgit. Judi tetap Judi-Dosa tetap Dosa. Kerajaan Kelantan mesti membanteras kegiatan mereka ini dengan sebaik-baiknya.

0 Comments:

Post a Comment