12:35pm
KUALA LUMPUR 8 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menarik balik permohonannya untuk mendapatkan kebenaran mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi membatalkan pendaftaran parti itu di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini.
Peguam R. Sivarasa yang mewakili PKR dan dua yg lain, memberitahu pemberita bahawa ROS dalam surat makluman bertarikh 30 Mei menyatakan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Sehubungan itu, Hakim Abang Iskandar Abang Hashim membatalkan pmohonan tersebut.
Pada 31 Mei lalu, PKR dua pemohon lain, Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Saifuddin memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan ROS sebagai responden.
Ia dikemukakan berikutan notis bertarikh 9 Mei lalu yg dikeluar oleh ROS mengikut Seksyen 13(1) d Akta Pertubuhan 1966 untuk membatalkan pendaftaran parti itu. - Utusan