10 Julai 2011

 


Sumber[JP]Sebentar tadi, jenazah Allahyarham Baharudin bin Ahmad, 55 tahun, telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 Keramat setelah disolatkan oleh ribuan hadirin yang hadir menziarahi Allahyarham serta memberi penghormatan terakhir buat pejuang rakyat ini.


Terdahulu, hampir kesemua pemimpin Sekretariat Bersih termasuk Pengerusinya, Ambiga Sreevanesan dan A Samad Said dan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat turut turun menziarahi jenazah Allahyarham serta keluarga.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir termasuklah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Dr Syed Husin Ali, Khalid Ibrahim, Mahfuz Omar, Nurul Izzah, Tian Chua dan ramai lagi.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang cedera di kaki kerana motor yang diboncengnya di Lebuhraya Mahameru diLANGGAR kereta peronda polis turut dipapah masuk ke dalam ruang solat di Surau Al-Muqarrabin, AU3.


Menteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin sekali lagi mencuri tumpuan mengenakan baju T Bersih sambil menganggap pemergian Allahyarham akan dikenang pejuang rakyat yang sanggup mati menyelamatkan negara dari kezaliman Umno-APCO.


Polis membuat kawalan di sepanjang kawasan trafik bagi melancarkan aliran lalu lintas.

Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Polis juga nampaknya "bekerjasama" dengan hadirin yang menziarahi Allahyarham yang rata-ratanya berpakaian baju T Bersih tanda solidariti dan semangat himpunan semalam yang mencatatkan mimpi buruk buat Najib Altantuya.

Jenazah diarak menggunakan van sejauh kira-kira tiga kilometer dari kediaman Allahyarham di Kelumpuk Camar, AU 3, Keramat, Kuala Lumpur.

0 Comments:

Post a Comment