04 Julai 2011

Kementerian tegas laksana belajar Sains, Matematik dalam BM

KUALA LUMPUR 4 Julai - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran tegas dengan pendirian untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu demi memartabatkan penggunaan bahasa itu sebagai bahasa pengantar utama pendidikan negara.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selaras dengan pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Kementerian telah melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 2011 bagi murid Tahun 1.
"Melalui KSSR ini, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan dalam Bahasa Melayu,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini. - Bernama

0 Comments:

Post a Comment