13 Julai 2011



Benarkah ada pemimpin pembangkang terlibat secara langsung projek Lynas
Kenapakah mereka sanggup khianat kepercayaan yang diberikan rakyat

KUANTAN, [pahangdaily.]13 Julai - Orang ramai terutamanya mereka yang membantah projek pembinaan kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation dekat sini, kecewa bila ada beberapa orang pemimpin pembangkang yang "cakap tidak serupa bikin" dalam isu ini. Mereka membantah Lynas di depan rakyat, sebaliknya mereka mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung dengan syarikat itu sendiri. Malah, kami juga mendapat beberapa maklumat tentang pembabitan pihak terbabit sebelum ini. Cuma, untuk mengelakkan salah faham maka perkara itu dirahsiakan dari pengentahuan semua pihak. "Saya hairan dengan sikap pemimpin terbabit, di depan kita mereka lantang membantah Lynas tetapi dibelakang rupanya mereka juga mendapat projek di dalam syarikat tersebut. Ini munafik namanya!", kata seorang penduduk Balok Makmur yang ditemui pagi tadi. "Memang saya tahu perkara ini, tapi saya tidak berani untuk mengesahkannya kerana tidak cukup bukti. Tapi bila saya arahkan beberapa orang sahabat yg bekerja di dalam Lynas menyiasat. Ternyata ia ada kebenarannnya", tambah beliau lagi dengan nada kecewa. Kami juga terkejut dengan maklumat ini. Amatlah malang bagi rakyat yang membantah Lynas apabila ada pemimpin yang rupanya mendapat untung lumayan daripada projek itu. Di fahamkan, ramai juga anak-anak penyokong pembangkang yang bekerja dengan Lynas. Alasan yang diberikan, selama ini mereka tidak tahu kilang Lynas itu berbahaya. Malah, mereka juga tidak tahu bantahan rakyat sehebat hari ini. Soalnya, bukankah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh telah membawa isu ini ke parlimen sejak awal lagi. Maka, mana mungkin mereka semua tidak tahu.

Ini membuktikan bahawa pihak terbabit mungkin yakin bahawa kilang memproses rare earth itu sebenarnya tidak berbahaya dan berisiko besar kepada rakyat. Masalahnya, kenapa didepan rakyat mereka sama-sama bangkit menentang?. Kenapa harus menipu diri sendiri?. Kasihan benar melihat rakyat dan penyokong bantahan Lynas kerana tertipu dengan gelagat pemimpin seperti ini. Malah, kami juga mendapat maklumat memang benar ada beberapa pemimpin pembangkang yang menyokong projek Lynas dan mengatakan ia tidak berbahaya seperti yang diwar-warkan. Lantaran itulah kelibat beberapa pemimpin terbabit dilihat tidak jelas dalam mana-mana perhimpunan atau demontrasi yang diadakan sebelum ini. Apakah isu ini harus ditutup begitu sahaja, sedangkan mereka menikmati hasilnya?. Bukankah bantahan Lynas dijuarai oleh pembangkang selama ini?. Malah, selain NGO Save Malaysia yang berkempen untuk menyedarkan rakyat tentang bahaya Lynas parti PAS sendiri turut menubuhkan Badan Bertindak Anti-Lynas (BADAR) bagi tujuan yang sama. Soalnya sekarang, wajarkah dikala rakyat menentang dan membantah tetapi ada pemimpin yang bersenang lenang menikmati hasilnya kelak. Bukankah ini jelas satu pengkhianatan kepada rakyat. Kami akan mendedahkan mereka yang terlibat selepas maklumat terperinci diperolehi daripada pihak yang boleh dipercayai. Jika ini keadaannya, maka apakah rakyat boleh percaya isu Lynas ini tidak pernah dipolitikkan. Kini, masing-masing mencari siapakah sebenarnya pemimpin yang terlibat.

[Bagi kami, kebenaran itu hanya boleh tertegak dengan keikhlasan dan kejujuran. Jika ada unsur-unsur sebegini maka sampai bila-bila pun kes ini tidak akan selesai. Jika itu keadaannya, apa guna rakyat bangkit menentang?. Sedangkan projek tersebut kini hampir siap dan dijangka memulakan operasinya September ini. Malah, sudah pun disahkan oleh pegawai IAEA bahawa mereka akan mempunyai pejabat di kawasan kilang terbabit dekat Gebeng yang akan memantau operasi dan tahap radiasi Lynas. Difahamkan juga, pejabat itu akan beroperasi 24 jam sehari dalam tempoh seminggu untuk menastikan tidak berlaku sebarang unsur yang boleh memudaratkan rakyat. Rakyat digesa agar bertindak dengan fikiran yang waras dan tidak terlalu mengikut emosi dalam hal ini. Memang benar selama ini mereka dimomok-momokkan dengan berita negatif semata-mata oleh pemimpin dan NGO terbabit. Tetapi, bila ada pendedahan pemimpin berkenaan juga terlibat dengan projek ini. Maka, apakah kita boleh percaya keikhlasan mereka atau kita telah diperalatkan untuk kepentingan masing-masing?. Inilah yang harus disedari oleh rakyat sekarang. Sampai bilakah rakyat harus terus tertipu sebegini gamaknya !].

0 Comments:

Post a Comment