KUALA LUMPUR – Kepada mereka yang memiliki cicak yang popular dengan panggilan cicak tokek dan berhasrat untuk menjual kepada pelanggan beragama Islam mungkin boleh berfikir dua kali kerana ia adalah haram dimakan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan baru-baru ini menetapkan cicak besar tersebut tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan serta mengandungi racun.
Bagaimanapun dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web e-fatwa itu berkata, pengecualian diberi untuk tujuan perubatan dengan hukumnya adalah harus.
“Namun sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa cicak itu mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit-penyakit tertentu,” katanya.[kosmo]