23 Julai 2011

MELBOURNE, 23 Julai (Bernama) -- Australia menjadi negara pertama di dunia meluluskan standard pelabelan negara secara sukarela bagi minyak zaitun.

Sebelum ini, ramai pembeli minyak zaitun dikelirukan oleh label seperti "premium" dan "extra light".

Presiden Persatuan Minyak Zaitun Australia Paul Miller memberitahu ABC News bahawa kebanyakan istilah yang digunakan tiada makna dan tidak memberitahu pembeli bahawa minyak itu sama ada segar atau ditapis.



"Kebanyakan buah zaitun yang dikutip di atas tanah perlu dihantar ke kilang sayur-sayuran bagi dijadikan minyak masak. Proses penapisan mengubah minyak itu dan mutu gred minyak zaitun yang ditapis adalah rendah."

"Standard baharu itu menyatakan para pengguna perlu diberitahu sama ada ia ditapis atau tidak dan ia akan menghentikan penggunaan istilah seperti "extra light", "pure" dan "premium" pada label," kata Miller, sambil menyatakan pengeluarnya "perlu memberitahu anda apa yang anda beli."

"Apa yang kami mahu ialah jika sesuatu minyak itu dilabel "extra virgin", ia tidak mengandungi sebagai minyak zaitun yang ditapis," katanya.

"Orang ramai mendapat apa yang mereka perlu perolehi dan jika mereka membeli minyak bergred rendah, mereka perlu tahu ia gred rendah.

"Sebagai contoh, bagi istilah extra light, penyelidikan kami menunjukkan pengguna menjangka istilah itu bermakna kandungan lemak yang rendah tetapi sebaliknya ia merupakan minyak zaitun ditapis."

-- BERNAMA

0 Comments:

Post a Comment