Sumber[
MK] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan titah Yang di-Pertuan Agong mengenai rancangan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, dan mencadangkan gabungan itu memohon mengadap Seri Paduka berhubung isu pilihan raya bebas dan adil.
Dalam satu mesej melalui
Twitter pagi ini di London, ketua umum PKR itu berkata beliau telahpun menghubungi ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai perkara tersebut dan menerima titah seri paduka secara positif.
Sehubungan itu, Anwar berharap BERSIH akan menimbang untuk memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan kelemahan dan penipuan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," kata Anwar (kanan) dalam tweetnya.