03 Ogos 2011


BRUSSELS 2 Ogos – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan menghantar lebih banyak pasukan tenteranya ke Kosovo selepas keganasan antara etnik Albania dan puak Serb semakin memuncak.
Menurut jurucakap NATO, Carmen Romero, beberapa batalion tentera yang kebanyakannya dari Jerman dan Austria akan menyertai Pasukan Keselamatan Kosovo (KFOR) dalam masa terdekat.
“Sebab utama penambahan pasukan tentera ke Kosovo adalah untuk memastikan keselamatan terus terjamin,” katanya. – Reuters

0 Comments:

Post a Comment