11 Ogos 2011

BEIJING 10 Ogos - Kerajaan China hari ini mengarahkan kereta api berkelajuan tinggi untuk beroperasi lebih perlahan di landasan yang baru dibina itu, lapor agensi berita Xinhua, selepas kemalangan yang membawa maut bulan lalu.
Bagaimanapun, pengurangan kelajuan tersebut tidak diterangkan, cuma dilaporkan Xinhua yang ia akan digunakan ketika peringkat permulaan untuk keselamatan dan penambahbaikan dalam teknik dan pengurusan.
Pertembungan dua buah kereta api berkelajuan tinggi pada 23 Julai lalu mengorbankan 40 orang dan membangkitkan kemarahan orang ramai. - AFP

0 Comments:

Post a Comment