TAIPEI 15 Ogos - Taiwan sedang membina peluru berpandu berkelajuan supersonik versi baru untuk memusnahkan kapal pengangkut pesawat, ekoran China mencetuskan kebimbangan mengenai pertikaian wilayah dengan menguji kapal pengangkut pesawat pertamanya.
Kajian terhadap pembangunan misil yang dilancarkan dari darat itu, berbeza dengan peluru berpandu yang sedia ada, Hsiungfeng III, sedang dilaksanakan.
"Peluru berpandu tersebut akan mempunyai keupayaan jarak yang lebih jauh dan membawa bahan letupan yang lebih banyak," kata seorang penggubal undang-undang, Lin Yu-fang yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan.
Tambahnya, peluru berpandu itu akan dipasang pada pelancar bergerak untuk memudahkan mengelak daripada serangan bom China jika perang meletus. - AFP