02 Oktober 2011


COPENHAGEN 2 Okt. - Denmark semalam menjadi negara pertama di dunia mengenakan cukai ke atas barangan yang mengandungi lemak.
Tindakan tersebut menyebabkan ramai pengguna bertindak menyimpan barang-barang seperti mentega, pizza, daging dan susu bagi mengelakkan kesan-kesan sampingan.
Menurut Soeren Joergensen dari Arla Distribution berkata, beberapa tan mentega dan marjerin telah disimpan bagi membolehkan mereka membekalkan ke kedai-kedai.
Cukai baru yang dikenakan oleh Denmark merupakan satu langkah bagi mengehadkan penduduk dalam pengambilan makanan berlemak. – AFP

0 Comments:

Post a Comment