10 Oktober 2011

KABUL 9 Okt. - Seorang ahli Parlimen wanita Afghanistan kini berada di dalam keadaan kritikal, kata doktornya, selepas memasuki hari kelapan melakukan mogok lapar bagi membantah pemecatannya dari Parlimen atas dakwaan menipu undi. Semin Barakzai, seorang daripada sembilan orang ahli Parlimen yang dilucutkan jawatan kerana tuduhan memanipulasi undi, enggan makan sehingga jawatannya dikembalikan.
Usahanya itu dilakukan sehari selepas berpuluh-puluh Ahli Parlimen kembali ke dewan rendah Parlimen, berikutan pemulauan terhadap penyingkiran tersebut. - AFP

0 Comments:

Post a Comment