30 November 2011

ROME 30 Nov. - Seramai tiga orang adik beradik mengalami serangan sakit jantung pada hari sama, membunuh dua daripadanya sementara seorang lagi sempat diselamatkan, lapor akhbar harian Corriere della Sera, hari ini.
Guido dan Alberto Garofalo sedang menyertai piknik keluarga Ahad lalu di kawasan hutan di Gunung Berapi Etna, Sicily apabila Guido, 45, diserang sakit jantung lalu meninggal di tempat kejadian.
Abangnya, Alberto, 54, berlari ke arah adik lelakinya itu dan turut menerima serangan jantung kerana terlampau sedih dengan kematian adiknya lalu meninggal dunia di tempat yang sama.
Adik lelaki mereka, Salvatore yang sedang melawat ibu mereka di hospital di bandar Catania, Sicily turut diserang sakit jantung secara tiba-tiba pada hari yang sama.
Dia yang tidak mengetahui malang yang menimpa abang-abangnya itu terus di bawa ke bilik rawatan kecemasan dan doktor berjaya memulihkannya. - AFP

0 Comments:

Post a Comment