16 November 2011

PRU 13 Boleh guna dakwat kekal

Tiada halangan bagi melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang, kata pengerusi, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara, Datuk Seri Maxmus Ongkili.

Menurutnya, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini memberitahunya, perkara itu cukup sekadar pindaan pada peraturan pilihan raya tanpa perlu meminda perlembagaan.

“Beliau jelaskan, ini boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu meminda peraturan ataupun perlembagaan,” kata Maximus kepada wartawan selepas mempengerusikan jawatankuasa itu.[MK]

0 Comments:

Post a Comment