NTINDA, Uganda - Pengasas Program Penyelidikan Angkasa Lepas Afrika, Chris Nsamba dianggap gila oleh sejumlah orang kerana dia mahu mengend alikan projek untuk menghantar rakyat Uganda ke angkasa lepas.Dia yang merupakan seorang jurutera aeronautik akan melancarkan sebuah pesawat ke angkasa lepas dari pekarangan belakang rumah ibunya di sini. Nsamba menyasarkan penerbangan angkasa lepas itu pada dekad akan datang dengan menggunakan sebuah pesawat African Skyhawk yang dalam pembinaan. Pesawat itu dibina dengan menggunakan beberapa pekerja sukarela di pekarangan belakang rumah ibunya. - Agensi