02 Disember 2011

Terkini Video "Banjir" di Kajang


HULU LANGAT 2 Dis. – Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini,
petang ini. Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.
Beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang dan Bank Hong Leong cawangan Kajang, turut dinaiki air setinggi 0.2, manakala kawasan lain yang terlibat adalah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, pasar Besar Kajang dan Jalan Jelok. Selain itu, Sungai Kantan dan Jalan Semenyih, Kajang berhampiran Klinik Kajang dan Jalan Kelapa. Di Sungai Kantan, banjir turut melanda beberapa kawasan perumahan di situ sehingga menyebabkan seramai sembilan penduduk termasuk tiga warga emas terpaksa dipindahkan setelah terperangkap di rumah masing-masing. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu kira-kira pukul 3.51 petang.
Beberapa klip video sekitar banjir itu turut berlegar dan dikongsi oleh pengguna laman sosial Youtube dan Facebook, termasuk video yang menunjukkan seorang wanita yang terperangkap diselamat oleh orang ramai.[utusan]

0 Comments:

Post a Comment