08 Januari 2012

Kepimpinan Kelantan perlukan pelapis

KUALA LUMPUR, 8 Jan[TMI] - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapatnya keperluan untuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menyediakan pelapis untuk generasi pemimpin di negeri tersebut, dengan mengatakan terdapatnya keperluan untuk negeri itu menyediakan "generasi kedua" untuk pilihan raya.
Nik Aziz yang berusia 80 tahun baru-baru ini mengisytiharkan akan bertanding dalam pilihan raya akan datang dan mengekalkan jawatan menteri besar yang menyaksikan kepimpinannya terhadap negeri tersebut telah menjangkau 21 tahun, satu tindakan yang menyaksikan kritikan daripada kalangan pembangkang negeri.

"Saya bersetuju berkenaan keperluan Nik Aziz membentangkan barisan keduanya, mereka yang lebih professional, dan kepimpinan muda yang boleh dipercayai," Anwar berkata demikian ketika sesi temu bual dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.
Pemimpin de facto PKR itu dengan pantas menambah dia "pasti" rancangan berkenaan telah pun terlepas dan kritikan yang diterima menentang PAS adalah kerana Nik Aziz masih lagi menerima sokongan padu daripada pengundi di Kelantan.
"Nik Aziz menerima sokongan yang padu, dan beliau sangat popular kerana tidak mengumpul kemewahan.
"Itu adalah amat mustahak, dan kita tidak harus memperkecilkan perkara itu. Umno tidak mampu menumpaskan beliau kerana perkara itu,"kata ketua pembangkang itu lagi.
Kepimpinan Umno Kelantan mengharapkan Datuk Seri Mustapa Mohamad untuk memimpin parti dalam pilihan raya akan datang walaupun beliau tidak sepopular Nik Aziz.
Kepimpinan Umno negeri percaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu "sangat bersih" dan "bebas skandal", yang menyaksikan imej tersebut akan dapat membantu parti berkenaan meriaih sokongan pengundi, yang mana pemimpin itu dilihat telah berjaya dengan "berpeluang" menyertai forum dan acara-acara awam di Kelantan.
Kenyataan Anwar terhadap kepimpinan di Kelantan diutarakannya selepas mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah pun memutuskan calon yang akan menggantikannya sekiranya dia di jatuhkan hukuman oleh mahkamah atas kesalahan meliwat esok.
Bekas Timbalan Perdana Menteri telah memberitahu Bloomberg dalam satu temubual bahawa PR telah mempunyai agenda luar jangka sekiranya dia dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.
Datuk Dr Hassan Ali telah mengeluarkan kenyataan bahawa Nik Aziz atau Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang seharusnya menggantikan Anwar sekiranya dia ke penjara.
Anwar turut menambah, dia akan berbincang dengan Nik Aziz berkenaan beberapa isu dalam perjumpaannya dengan Menteri Besar Kelantan itu akan datang, termasuklah kritikan terhadap kualiti air di negeri tersebut.

0 Comments:

Post a Comment