Pakatan Rakyat (PR) harus mengekalkan matlamat untuk menumpaskan Barisan Nasional (BN) dan menawan pentadbiran persekutuan, demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
“Manusia hanya mampu merancang. Kita menghadapi pelbagai cabaran dan ujian, tapi janganlah itu menghapuskan matlamat kita ... Tuhan menentukan,” kata Ketua Pembangkang itu ketika Konvensyen ke-3 PKR di sini.
“Kita janganlah berasa terancam, terperangkap kerana duit. Kita harus konsisten dan memberikan komitmen penuh untuk menjulang keadilan untuk rakyat Malaysia.”
Tegas Anwar, tiada ruang dalam PKR buat mereka yang terpedaya dengan pujukan janji dan wang, dan mendesak parti komponennya mengamalkan budaya bersih.
“Adalah lebih baik sekiranya kita membersihkan Pakatan Rakyat daripada mereka yang gila kuasa dan duit, bukannya bertentangan ideologi,” tambahnya mengulas berkenaan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali daripada PAS.
“Saya ucapkan tahniah kepada Hadi Awang dan pimpinan PAS kerana mengambil tindakan tegas dan membuktikan parti akan tetap mempertahankan ideologi dan prinsip, dan sanggup berdepan dengan masalah dalaman parti memperjuangkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat.[
TMI]