06 Mac 2012

ADEN 5 Mac - Sekurang-kurangnya 103 askar kerajaan dan 25 militan terbunuh dalam pertempuran dengan militan al-Qaeda selepas kumpulan militan itu menyerang tentera Yemen di selatan negara ini, semalam.
Seorang pegawai tentera hari ini berkata, berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan mengejut al-Qaeda ke atas pos-pos tentera di pinggir ibu kota wilayah Abyan, Zinjibar itu.
Angka kematian disahkan oleh seorang kakitangan perubatan di sebuah hospital tentera di bandar pelabuhan Aden.
Kakitangan tidak menang tangan untuk merawat mangsa yang begitu ramai.
"Kami terpaksa menggunakan pejabat pentadbiran dan bilik menunggu untuk merawat mereka yang cedera.
"Hospital ini penuh sesak dengan askar yang terbunuh dan cedera," kata kakitangan itu,'' katanya.[sumber]

0 Comments:

Post a Comment