SHAH ALAM: [
HD]Konvesyen hala tuju Felda yang berlangsung di Universiti Industri Selangor semalam membuat 10 resolusi khas bagi menentukan kedudukan Felda pada masa hadapan. Presiden Anak, Mazlan Aliman menjelaskan resolusi yang diperolehi ini adalah hasil kesepakatan semua yang hadir sama ada melalui perbentangan kertas kerja oleh panel, ulasan mahupun soal jawab peneroka yang hadir.
"Hari ini lahirlah satu resolusi khas untuk kita membawa menentukan hala tuju Felda pada masa hadapan apatah lagi setelah Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara ini. "Melalui resolusi ini juga kita dapat menaikan martabat Felda pada tahap yang sepatutnya bukannya menjadikan Felda sebagai satu gadaian untuk memperolehi wang secara segera," jelasnya sewaktu membaca resolusi hala tuju Felda.
10 resolusi yang dicapai semalam adalah:
1. Menentang penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) di atas tiga perkara utama;
a. Penglibatan syarikat yahudi yang merangkumi 20%;
b. Melibatkan tanah Felda Plantation yang sepatutunya diagihkan kepada generasi kedua; dan
c. Melibatkan Koperasi Permodalan Felda (KPF).
2. Tanah Felda Plantation mesti diagihkan kepada generasi kedua Felda dan rakyat yang layak;
3. Koperasi Felda di peringkat rancangan diberi peranan utama mengendalikan kebun-kebun peneroka dan bukannya Felda Technoplant;
4. Membuka peluang pekerjaan kepada generasi kedua dalam perladangan, perniagaan dan seluruh pengurusan Felda;
5. Jawatan pengerusi Felda hendaklah diberikan kepada anak peneroka;
6. Memperuntukkan kuota ahli lembaga pengarah Felda dan 47 anak-anak syarikat Felda kepada generasi kedua Felda sebanyak 50%;
7. Mewujudkan Universiti Felda untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan dan pakar-pakar dalam bidang perladangan, bioteknologi dan sebagainya dari anak-anak peneroka;
8. Mewujudkan perumahan generasi kedua Felda melalui projek Bandar baru Felda;
9. Memberi pembiayaan mudah melalui institusi-institusi kewangan kepada peneroka, generasi kedua dan kakitangan Felda untuk menambah caruman saham dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF); dan
10. Menghapuskan hutang-hutang peneroka yang tidak munasabah.
Dalam pada itu, resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak selewat-lewatnya Mei depan untuk diambil tindakan.