KUALA LUMPUR:[
HD] Bekas Ketua Pendakwaraya bagi kes liwat II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden (
gambar) kini menyertai pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Bersih 3.0. Tindakan
ini merupakan satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Menteri
Dalam Negeri dan Peguam Negara kerana orang terbaik mereka selama ini
menyertai pasukan pembangkang. Anwar bersama dengan Timbalan
Presiden PKR, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul
Hisham Shaharin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan
mengambil bahagian dalam protes jalanan, di bawah Akta Perhimpunan
Aman. Menurut Setiausaha Lajnah Guaman PAS, Abang Ahmad Kerdee,
Datuk Yusuf dianggap sebagai ensiclopedia undang-undang bergerak
(Moveable Legal Ensiclopedia) bagi ramai timbalan pendakwa raya dan
peguam di negara ini. "Beliau amat pakar di dalam undang-undang dan kes jenayah," katanya.....klik tajuk
Pendiriannya pula ramai yang diketahui para perguam termasuklah:-
"Awak boleh beri arahan tapi bukan ajar/ beritahu saya apa saya mesti buat (dalam satu-satu kes)."
Beliau meletakkan jawatan selepas kes Liwat II selesai iaitu pada 1 Februari lalu.
Yusof
ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata beliau tiada
masalah peribadi dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan beliau
profesional sejak memilih bersara.
Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani.
"Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya.
"Saya
tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam
Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari.