Sumber [
MK] Ketua Pengarah Jabatan Amal, Juhari Osman berkata, ketika keadaan tidak
terkawal pada perhimpunan BERSIH 3.0, di Kuala Lumpur, 28 April lalu,
beliau mengarahkan supaya semua anggota unit amal yang bilangan
dianggarkan 2,000 orang supaya beredar daripada kawasan berkenaan.
Menurutnya,
kejadian tersebut berlaku selepas jam 4 petang di mana kebanyakan
peserta gagal mematuhi arahan biarpun disaran supaya beredar.
"Kira-kira
jam 4 petang, memang saya ada keluarkan arahan supaya mereka beredar
menerusi radio dan sewaktu menghubungi pihak yang mengetuai pasukan
bertugas mereka jelaskan supaya balik sebab keadaan tidak terkawal.
"Sebelum
ini peserta ikut arahan tetapi kali ini nampak liar dan ketika
berlakunya insiden menterbalikkan kereta, kejadian itu berlaku pukul 5
dan walaupun ada arahan daripada pimpinan Pakatan Rakyat, untuk kita
turun tetapi kita memikirkan risikonya tinggi jadi kami tidak turun
"Setelah
peranan kita tidak dapat diikuti oleh peserta jadi kita tidak mampu
berbuat apa-apa dan saya tidak pasti sama ada ia merupakan satu
provokasi daripada pihak lain," katanya.
Juhari mendakwa, pada
hari kejadian, lebih 10 anggota daripada unit amal ditangkap dan
kesemuanya bukan kerana bertempur dengan polis tetapi mereka di tangkap
ketika sedang memberi khidmat membantu peserta yang tercedera dan
sebagainya.
Nafi rempuh polis"Kita
di Unit Amal cuba sedaya upaya mengelakkan pertembungan dengan pihak
polis dan ini perlu kita jaga selagi peserta boleh ikut tetapi jika
sebaliknya kita tidak mampu lagi dan tidak berani mengambil risiko.
"Ada
yang ditangkap ketika sedang membantu mereka yang sesak nafas, sedang
mengumpul kasut dan selipar yang bersepah sebab setelah selesai
perhimpunan biasanya kita akan melakukan kawad bersih supaya tidak
berlaku kekotoran, jadi dalam keadaan itulah ada anggota yang ditangkap.
"Polis
melakukan tangkapan secara keseluruhan setelah mereka bagi arahan
supaya beredar namun ada peserta yang tercedera, tak kan kita nak
tinggalkan mereka," katanya.
Beliau turut menafikan dakwaan kononnya anggota Unit Amal yang melakukan rempuhan di KLCC.
"Seperti
dituduh, rempuhan di KLCC sebenarnya pergerakan anggota Unit Amal yang
dirakam sebenarnya untuk meloloskan diri, supaya tidak berlaku keadaan
yang tidak terkawal sebab ketika itu polis sedang membuat halangan dan
sebelum siap kita cuba keluar.
"Kita bimbang ada peserta akan
merempuh polis dan sebab itu nampak dalam gambar seolah-olah anggota
Unit Amal merempuh polis dan setakat ini tiada seorang pun yang mengakui
mereka memukul anggota polis," katanya.
Juhari berkata, setakat
ini, beliau tidak dapat pastikan jumlah sebenar anggota Unit Amal yang
cedera tetapi sempat menziarahi seorang anggota daripada Pahang.
"Beliau
menyatakan kepada saya yang beliau dipukul setelah ditangkap dan
kejadian itu berlaku di Dataran Merdeka dan kemudiannya telah di bawa ke
ibu pejabat Polis.
"Dia mendakwa telah dipukul oleh polis secara
beramai-ramai sehinggakan doktor yang merawat beliau turut timbul
perasaan marah. Saya pun baru pertama kali temui seorang doktor yang
mempunyai perasaan begitu.
"Dia kata tak puas hati dengan
tindakan polis sehingga mangsa dipukul begitu teruk. Ada juga seorang
wartawan yang dipukul teruk. Dia pun terpaksa menerima pembedahan,"
katanya.
Kesan strategi provokasiBeliau berkata, apabila berlaku pertempuran pihaknya mengarahkan peserta untuk beredar daripada lokasi.
"Bukan
pukul 3 petang tetapi pukul 4 petang, kita bagi arahan Unit Amal balik
ke lokasi masing-masing dan antara pukul 3 hingga pukul 4 petang itu,
berlaku satu keadaan yang kelam kabut.
"Anggota Unit Amal ketika
itu berpecah dan ada antara mereka yang membantu mangsa-mangsa yang
tercedera, mereka mendakwa kali ini lepasan gas pemedih mata mempunyai
kekuatan lebih teruk daripada sebelum ini.
"Anggota kita terpaksa
menyelamatkan diri sendiri dahulu baru boleh bantu orang lain, jadi
suasana kelam-kabut dan tidak terkawal," katanya.
Juhari berkata,
beliau berasa kesal berikutan berlakunya insiden berkenaan, namun
sedang mengumpulkan beberapa bukti menerusi Dewan Pemuda PAS untuk
menyiasat punca berlakunya kejadian tersebut.
"Kita gagal mengesan apakah strategi yang dibuat oleh pihak berkuasa untuk menimbulkan suasana provokasi.
"Perkara
ini memang dirancang untuk berlaku sebegini dan saya rasa lebih
bersemangat untuk tempoh akan datang serta meyakinkan anggota Unit Amal
supaya lebih bersedia pada perhimpunan BERSIH akan datang," katanya.