Sumber [
sini] Bukan sahajaPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan
'durian runtuh' kepada peneroka Felda pada 8 April ini, NGO yang dekat
dengan Pakatan Rakyat Gabungan Selamatkan Felda (GSF) juga akan
mengambil langkah sama.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman
berkata, GSF - gabungan membantah penyenaraian Felda Global Venture
Holding (FGVH) di Bursa Malaysia - kini sedang menyiapkan 'tawaran
istimewa' itu.
Bagaimanapun, katanya, habuan itu memfokuskan kepada generasi kedua dan
ketiga peneroka Felda yang dirumuskan daripada konvensyen berkaitan di
Shah Alam baru-baru ini......kilik tajuk / link
"Daripada
resolusi itu, kita ada rancangan alternatif, selain kita tolak
penyenaraian. Mungkin masyarakat luar kata, kita tak ada satu cadangan
balas, dan kita dilihat tahu nak bangkang sahaja, tanpa alternatif.
"Pasukan
tink tank (pemikir) kita sedang menyiapkan tawaran
istimewa kepada generasi kedua Felda. Peneroka felda (generasi pertama)
dah ada rumah, tanah.
"Bagi peneroka generasi kedua dan ketiga, tak ada apa-apa," katanya dalam sidang media hari ini.
ANAK salah sebuah anggota gabungan GSF.
Perhimpunan 5 Apr, ANAK dakwa terima tekanan
Mazlan berkata tawaran istimewa itu berbentuk pemberian tanah, rumah dan
konsep bandar baru "yang lebih baik dan suasana selesa" yang bakal
menempatkan peneroka daripada kedua-dua generasi itu.
"Tanpa perlu penyenaraian, kita ada alternatif yang lebih baik termasuk penambahbaikan terhadap koperasi Felda," katanya.
Pengumuman 'tawaran istimewa' itu akan diumumkan pada 6 April ini - dua
hari sebelum pengumuman Najib - di Felda Jengka 20, Pahang.
Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan berkata ANAK dan GSF
hari ini menghantar surat kepada Najib untuk bertemu bagi membincangkan
mengenai penyenaraian FGV di bursa saham.
Bahkan, mereka juga akan menyerahkan resolusi konvensyen Felda yang dipersetujui kepada Najib.
"Kita berhasrat berjumpa dengan PM. Kami tak mahu berbincang dengan
orang lain," kata Mazlan yang juga ahli jawatankuasa Pusat PAS.
Dalam sidang media itu juga, Mazlan mendakwa menerima "tekanan" daripada
pihak tertentu supaya memindahkan lokasi Perhimpunan Tanah Rakyat di
Plaza Angsana Johor Bahru pada 5 April ini
Bagaimanapun, beliau tegas menyatakan perhimpunan anjuran Gabungan Tanah
Rakyat Johor (TANAH) itu tetap akan diadakan di situ dan menganggarkan
30,000 hadirin akan menyertainya.