Saya sokong fatwa mufti ni, tetapi kita mesti luaskan skop penggunaan fatwanya itu, iaitu haram dan kafir juga orang yang mengambil dan menghalalkan rasuah, mencuri duit royalti minyak kelantan, menolak syariat islam dan pelbagai kemungkaran lagi.
KUALA LUMPUR 25 Mei - Umat Islam diingatkan
supaya jangan sesekali bertindak menghalalkan perkara yang telah
digariskan sebagai haram mengikut syariat Islam seperti perjuangan yang
dilakukan Irshad Manji yang mempertahankan gaya hidup seorang lesbian. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sekiranya terdapat
umat Islam yang menghalalkan sesuatu yang haram, mereka boleh tergolong
sebagai kafir dan perkara itu seharusnya dijauhi. Katanya, dalam al-Quran terdapat banyak sirah lampau berkenaan
umat-umat terdahulu yang ditimpa azab Allah berikutan membudayakan
perkara yang dimurkai. "Justeru, lihat dan baca apakah yang terjadi kepada mereka akibat
ingkar pada ajaran Allah. Mereka menerima bala yang amat dahsyat
sehingga lenyap ditelan 'balasan' yang diturunkan seperti yang terjadi
kepada umat Nabi Luth.[
sumber]