11 Mei 2012

Piring Terbang dan Ayat 13 Surah Sabak

Surah Saba
Ayat 12. dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman Kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya Dengan izin Tuhannya. dan sesiapa dari jin itu Yang menyeleweng dari perintah kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.
Ayat 13. golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa Yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan Yang tinggi, dan patung-patung,
dan piring-piring Yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar Yang tetap di atas tukunya. (setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu Wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu Yang bersyukur.
 [ Sila baca keterangannya dalam Buku Israk Mikraj oleh Armansyah cetakan PTS muka surat 24-38]

0 Comments:

Post a Comment