25 Mei 2012

Rafizi :Tanah lapang Felda terancam

Kawasan lapang peneroka tidak akan selamat apabila Felda Global Venture Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia, kata PKR.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, sebaik sahaja peneroka hilang kawalan terhadap FGVH, tiada apa lagi yang dapat menyekat syarikat itu daripada mengambil alih tanah terbuka atau rumah kedai di kawasan Felda. NONEWalaupun tanah 10 ekar dan tanah yang dimiliki peneroka tidak dapat disentuh, tetapi kawasan tanpa geran tanah boleh diambil, dakwanya. Bercakap di konvensyen berhubung hak masyarakat Felda dan Orang Asli, Rafizi memberi amaran, apabila pengambilalihan berlaku, perubahan drastik dalam persekitaran dan kehidupan sosial mereka akan berlaku.[MK]

0 Comments:

Post a Comment