KUALA TERENGGANU, 18 Mei (
sini) -- Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub
mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang
Kerian, Kelantan sebaliknya beralih ke Johor untuk bertanding pada
pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti. Pada masa yang sama beliau turut tidak menolak kemungkinan akan
bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga kerusi
Parlimen di negeri kelahirannya itu. "Kami (PAS) telah buat keputusan bahawa saya akan bertanding sebagai
calon di Johor pada PRU-13 akan datang. Mungkin dua kerusi, DUN dan
Parlimen. "Buat masa ini, kita sedang tunggu kawasan mana, ia mungkin di Tanjung
Piai, Batu Pahat, Muar atau Kulai," katanya kepada pemberita selepas
majlis ceramah pakatan pembangkang di Dataran PAS di Kuala Ibai dekat
sini Khamis malam. Salahuddin seterusnya yakin dengan kepulangannya ke Johor akan dapat
membantu barisan kepimpinan PAS serta pembangkang di negeri itu dalam
usaha mencipta satu sejarah pada pilihan raya umum akan datang.