Tinjauan terhadap isu pilihan raya yang dikeluarkan semalam menunjukkan
"bukti yang menjahamkan" (damning evidence) bahawa kerajaan gagal
memastikan pilihan raya bersih dan adil, sekali gus membenarkan
perhimpunan BERSIH pada 28 April, kata DAP. "Daripada
data yang dikumpulkan... ia bukti yang melampaui keraguan bahawa
'program transformasi politik' sejak sambutan kemerdekaan tahun lalu
gagal menggerakkan rakyat Malaysia. "Keputusannya juga
membenarkan secara menyeluruh tindakan BERSIH turun ke jalan raya
setelah dinafikan peluang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka bagi
menuntut pilihan raya bebas dan adil untuk semua rakyat Malaysia," kata
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua. Satu kajiselidik yang dibuat
baru-baru ini - sehari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 - menunjukkan
majoriti responden mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya
umum akan datang.
Menurut Merdeka Centre, 92 peratus daripada
1,019 orang yang ditinjau bulan lalu berkata kerajaan perlu melakukannya
sebelum pilihan raya umum.[
MK][
TMI]