11 Jun 2012

Jumlah gas pemedih mata yang digunakan dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lebih tiga kali ganda daripada yang digunakan dalam perhimpunan sama tahun lalu. Menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Kementerian Dalam Negeri berkata, sebanyak 909 kelongsong gas dilancarkan dan 58 lagi jenis balinggan tangan digunakan terhadap peserta perhimpunan. Kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM1.8 jtua daripada "perhimpunan haram", kata menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu, hanya 262 kanister gas digunakan terhadap lebih 10,000 peserta.[MK]

0 Comments:

Post a Comment