Sumber [Sini] Perang
bendera Naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata "tidak mustahil"
Pakatan Rakyat akan memenangi lebih banyak kerusi di negeri Johor dalam
pilihan raya akan datang.
Keyakinannya
itu diperkuat lagi dengan ketegasannya bahawa beliau tidak pulang untuk
bertanding di negeri itu untuk "membunuh diri."
"Tiada kerajaan
yang kekal selamanya di muka bumi. Ia adalah urusan Allah. Kita yakin
dan percaya untuk berdepan dengan mereka (BN).
"Kita tengok
nanti, siapa yang terbunuh dan siapa yang dibunuh. Saya mahu mencipta
sejarah baru di negeri Johor," kata MP Kubang Kerian itu lagi dalam
ceramah dihadiri 1,000 orang di Ledang pada malam tadi.
Ceramah
berkenaan merupakan antara program utama selama dua minggu yang diatur
PAS di Johor sempena program Himpunan Hijau peringkat negeri.
Perang bendera
Dua
lagi program yang berlangsung semalam ialah majlis jamuan rakat di
Tongkang Pechah di Batu Pahat dan di kawasan DUN Jorak di Pagoh.
Kawasan itu merupakan antara 28 hingga 31 kerusi DUN yang dijangka menjadi rebutan PAS di Johor, selain lapan kerusi parlimen.
Kemuncak
bagi acara ini ialah perhimpunan besar-besaran yang dijangka
berlangsung di sebuah stadium di Johor Baharu pada 29 Jun.
Tarikan
utama yang disebut-sebut ialah pengisytiharan rasmi oleh dua orang
tokoh yang dikatakan rapat dengan menteri besar Johor untuk menyertai
PAS dalam perhimpunan berkenaan.
Keghairahan pemimpin PAS itu dapat difahami apabila meninjau keadaan sekitar kawasan yang didampinginya kali ini.Perang
bendera antara BN dan PAS di sepanjang jalan menuju ke kawasan ceramah
di Parit 2 di Sagil dan juga lokasi jamuan menggambarkan seolah-olah
kempen pilihan raya sudahpun berjalan.
Tawaran Pakatan Rakyat
Dalam
ucapannya di ceramah tersebut, Salahuddin membandingkan pengurusan
pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan
Kelantan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat.
Ia
sebagai menjawab tohmahan pemimpin BN yang mendakwa pemimpin Pakatan
Rakyat tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir negara sekiranya
menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Amalan di negeri
tersebut turut dipadankan dengan tawaran Pakatan dalam manifesto mereka
untuk negeri Johor, antaranya bekalan air percuma 20 meter padu seluruh
rakyat dan mempercepatkan proses pemberian hak milik tanah.
Selain itu, Pakatan turut menawarkan hadiah RM1,000 kepada golongan yang
diterima memasuki universiti dan pemberian wang sebanyak RM2,500
kepada waris untuk menguruskan warga emas yang meninggal dunia.
Tambah kerusi
"Kita
akui sejak merdeka Umno menjadi pemerintah dan mereka ada pengalaman.
Kita tidak ada pengalaman, (tetapi) kita (juga) tidak ada pengalaman
rasuah dan penyalahgunaan rasuah," kata Salahuddin lagi dengan
mengemukakan contoh dalam Laporan Audit Negara.
Beliau
berkata pertambahan kerusi Pakatan tidak mustahil berlaku memandangkan
kini Pakatan Rakyat menguasai enam kerusi DUN - dua daripadanya dikuasai
PAS iaitu Sungai Abong dan Maharani.
Di Pagoh, parti itu
merancang untuk mendekati masyarakat Tiong Hua dan kini berjaya meraih
80 peratus sokongan daripada golongan itu, menurut ahli jawatankuasa PAS
kawasan, Azmi Nor.
Pada pilihan raya umum lalu, BN menang di
kerusi tersebut dengan majoriti lebih 4,000 undi di mana komposisi
pengundi Melayu sebanyak 58 peratus, Cina (36 peratus) dan India 6
peratus.
Begitu juga pandangan pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr
Mahfodz Mohamad yang menegaskan PAS negeri berpeluang menguasai beberapa
kerusi khususnya di DUN Jorak dalam parlimen yang diwakili Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Dengan sokongan kaum
Tiong Hua dan kawasan ini tiada talian hayat iaitu Felda dan Felcra,
maka jentera perlu bekerja keras turun padang.
"Kalau Muslimat
boleh menang di tempat Umno, di tempat lain, insya-Allah akan menang
juga," katanya sewaktu menyampaikan ucapan ringkas dalam satu majlis
jamuan.