KUALA LUMPUR, 14 Jun[
TMI] — Kaji selidik dan analisis dalaman oleh
Pakatan Rakyat (PR) menunjukkan mereka mempunyai keupayaan untuk menang
di 100 kerusi parlimen jika pilihan raya dilaksanakan kelak, namun
pembangkang menjangka Belanjawan 2013 Datuk Seri Najib Razak yang
dijangka pada 28 September menjadi satu “pertukaran permainan” yang
boleh menjejaskan kemenangan pembangkang.
The Malaysian Insider difahamkan, yang satu susunan unjuran
oleh tiga komponen pakatan pembangkang sebahagian besarnya menandingi
konsensus Perisikan Barisan Nasional (BN) yang melihat gabungan
pemerintah menjamin 80 kerusi dengan kemungkinan menang 50.
“Analisis dari kedua-dua pihak sangat rapat. Satu-satunya perbezaan
besar ialah kami lebih optimistik di Johor, Sabah dan Sarawak yang mana
membolehkan kami menghasilkan 20 kerusi,” kata seorang ahli
strategi
kanan PR kepada
The Malaysian Insider.
Walaupun
tinjaun BN menunjukkan mereka mampu meletakkan sehingga 146 ahli
Parlimen, hanya kurang dua lagi untuk dua pertiga “supermajority”, kata
sumber.
Analisis ini dibuat sebaik sahaja selepas pemberian-pemberian tunai
RM500 untuk keluarga berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1
Malaysia (BR1M).
Satu lagi kajian baru-baru ini oleh Cawangan Khas menunjukkan
keputusan bahawa mereka hanya boleh membolot sehingga 118 kerusi pusat,
membangkitkan ahli strategi BN mencari satu ikhtiar untuk melewatkan
pilihan raya itu.
Kadar sokongan terhadap perdana menteri meningkat dengan mendadak
kepada 69 peratus sebaik sahaja selepas RM2.6 bilion dalam tunai telah
dibelanjakan tetapi menurun bulan berikutnya selepas pertempuran antara
polis dan perusuh di perhimpunan Bersih pada. 28 April untuk menuntut
pilihan raya bebas and adil.
Najib tidak mungkin mengadakan pilihan raya umum dijangka oleh
pertengahan 2013 melainkan beliau yakin memperbaiki kedudukan 140 Ahli
Parlimen BN pada Mac 2008.
Beliau mengambil alih jawatan perdana menteri setahun kemudian,
kononnya bagi memperbaiki gabungan paling teruk pernah melalui pilihan
raya.
Pengerusi BN itu baru-baru ini berkata beliau akan mengumumkan
belanjawan tahun depan pada 28 September, dijangka merangkumi satu lagi
siri pemberian BR1M, yang mana telah diakui pemimpin Umno yang mana
kemungkinan itu bakal berlaku.
The Malaysian Insider juga melaporkan pada Selasa lalu yang
Ahli Parlimen BN telah diberi RM1.5 juta untuk diagihkan di kawasan
mereka pada mesyuarat Isnin lalu.
Turut difahamkan bahawa RM300,000 akan tersedia minggu ini untuk
pembayaran-pembayaran tunai manakala yang selebihnya apabila dimohon.
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng telah berkata awal tahun ini PR
akan hanya perlu 100 Ahli Parlimen yang akan menyaksikan “Umno meletup,”
dan ahli strategi PR lain turut menyuarakan pendirian sama apabila
bercakap kepada
The Malaysian Insider.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution juga memberitahu
The Malaysian Insider
yang “pucuk pimpinan tidak mungkin bersetuju, tetapi pandangan peribadi
saya adalah sekarang ialah masa terbaik untuk pilihan raya.”
“Tetapi saya rasa Najib mahu mengumumkan bajet pilihan raya pertama.
Itu satu-satunya permainan beliau sekarang selain mengharapkan
pertelingkahan dalaman dalam parti-parti PR dan serangan-serangan di
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali,” katanya, merujuk kepada Ketua
Umum PKR dan timbalan presidennya.
The Malaysian Insider telah melaporkan 28 Mei, kemungkinan
pilihan raya pada September, namun pengumuman Najib yang Belanjawan
2013 akan dibentangkan pada 28 September telah mendesak pakar strategi
parti melihat satu tarikh yang seterusnya untuk memastikan bajet
gula-gula itu dirasai di peringkat akar umbi.
Jemaah haji pada 26 Oktober, Deepavali pada 13 November dan usaha BN
memikat belia dan undian Cina mungkin melengahkan pilihan raya hingga
November, jelas sumber, dan menambah bahawa pengerusi BN itu tetap akan
meneliti senarai calon-calon bagi memastikan satu kemenangan lebih
besar.
Sumber-sumber BN mengatakan beberapa kajian baru-baru ini menunjukkan
gabungan itu perlu bekerja dengan lebih keras untuk mendapatkan satu
kemenangan meyakinkan terutama dengan 2.2 juta para pengundi membuang
undi buat kali pertama.
Najib mengambil alih pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi
pada April 2009, yang kononnya bagi memperbaiki prestasi yang paling
teruk pilihan raya yang pernah dilalui BN pada Mac 2008, di mana parti
itu hilang dua pertiga majoriti dalam Parlimen dan empat kerajaan
negeri.