KUALA LUMPUR, 16 Jun [
TMI]— Daniyar Nazarbayev telah mendaftar di
Maktab Tentera Sandhurst sejak tahun lepas, walaupun terdapat keraguan
terhadap bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila
kelayakan akademik untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika
Syarikat.
The Malaysian Insider difahamkan dari sumber-sumber keluarga
yang pemuda berusia 24 tahun itu adalah dalam perjalanan pentauliahan
untuk tentera biasa pegawai yang mengambil masa 48 minggu.
“Daniyar berada di Sandhurst sekarang. Mereka menerimanya tahun
lepas,” kata sumber kepada
The Malaysian Insider.
Menurut laman web kolej tersebut, Akademi Ketenteraan Diraja
Sandhurst di Surrey adalah dimana “semua pegawai Tentera British dilatih
dan bertanggungjawab memimpin tentera.”
“Lebih 80 peratus Pegawai Kadet adalah penuntut lepasan universiti,
namun sebahagiannya dengan A-Level dan yang setaraf. Yang lainnya adalah
tentera yang berkhidmat dan dipilih untuk menjalani latikan Pegawai dan
ada dari luar negara, dipilih oleh tentera sendiri untuk berlatih di
akademi terkenal dunia.
“Tidak mustahil untuk mana-mana pihak menjalani latihan menggunakan duit mereka sendiri,” kata laman web tersebut.
Ibu Daniyar, Maira menafikan dakwaan semalam yang yang beliau dan
anaknya disaman oleh suaminya, dan menegaskan perkahwinannya masih
bertahan.
Beliau juga menambah pertunangan dengan anak Najib masih berterusan
walaupun timbulnya surat dari mahkamah yang difailkan suaminya di
mahkamah di New York.
Selasa lalu, beberapa akhbar luar negara termasuk
New York Post
melaporkan Daniyar disaman dengan ibunya kerana menipu bapa tirinya
Bolat Nazarbayez, abang kepada Presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev.
Beliau juga didakwa menipu kelayakan akademiknya untuk memasuki
Universiti Columbia di Amerika Syarikat.
Pertunangan Daniyar dengan anak perempuan Najib Nooryana Najwa dilakukan dengan penuh neriaj di sini Jun tahun lalu.
“Saya tidak pernah bertengkar dengan suami saya,” kata Maira Nazarbayev kepada
New York Post dalam satu temu ramah yang disiarkan Jumaat lalu.
“Saya menganggap kami masih berkahwin dan mempunyai hubungan yang
baik dengan suami saya. Dan saya tidak pernah melihat dokumen berkaitan
perceraian. Saya tidak pernah menandatangani sebarang dokumen,”
tambahnya.
Namun,
New York Post memetik dokumen mahkamah yang difailkan
Bolat Nazarbayez di New York, menuduh Daniyar menipunya sejumlah US$20
juta (RM63 juta) rumah kondominium di Wall Street disamping memasuki
universiti terbaik melalu “penipuan” kertas kelayakan daripada sekolah
tinggi di Kazakhtan yang tidak dimasukinya.
Daniyar, dikatakan bertemu Nooryana di Columbia, graduan lepasan Ivy League pada 2010.
Akhbar itu turut melaporkan Maira telah menukar nama keluarga Daniyar
daripada Kesikbayev kepada Nazarbayev untuk setaraf dengan presiden
Kazakhtan selepas mengahwini Bolat pada 2001.
Maira berkata Bolat terkejut mengetahui perkara itu apabila
dihubunginya beberapa minggu lalu, dan menegaskan beliau tidak mengambil
sebarang tindakan perunangan terhadap dirinya dan Daniyar.
Beliau turut menafikan tuduhan Daniar dibuang sekolah dan menipu
untuk memasuki Columbia University, berkata ianya di reka dan satu
penipuan.
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menolak ianya tidak berkaitan dengan pentadbiran Najib berhubung khabar angin tersebut.
Pemimpin BN berkata kepada
The Malaysian Insider awal minggu ini ia hanyalah “isu peribadi” dan tidak menjejaskan reputasi presiden Umno itu.
Ini bukan kali pertama hubungan Najib dan Kazakhtan menjadi isu.
Akhbar Indonesia, Kompas juga pernah mendakwa pada Ogos tahun lalu
bahawa bakal menantu Najib mempunyai hubungan dengan mafia di Rusia.
“Maira Nazarbayev, yang menetap di a la Imelda Marcos, dikaitkan
dengan mafia Rusia,” kata akhbar berkenaan yang disiarkan pada 4 Ogos,
2011.
Bagaimanapun, akhbar itu tidak mengesahkan dakwaannya. Najib
menafikan dakwaan akhbar itu dan akhbar berkenaan juga telah
mengemukakan permohonan maaf.
Maira dalam satu kenyataan juga menegaskan keluarganya telah
merancang untuk bercuti di Eropah beberapa minggu lagi dan beliau akan “
memperuntukkan masa berharga itu dengan keluarganya dan yang
tersayang.”